Tahniah! Penerima tajaan 2025 IMCP Space Weather School dan 8th Asia-Oceania Space Weather Alliance Workshop (AOSWA2025)
Institut Perubahan Iklim (IPI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Nur Fatin Irdina Zulhamidi, pelajar PhD Institut Perubahan Iklim (IPI), atas kejayaan menerima tajaan bagi menyertai 2025 IMCP Space Weather School dan 8th Asia-Oceania Space Weather Alliance Workshop (AOSWA2025) yang diadakan di Haikou, China pada 10–16 November 2025.
Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen beliau dalam bidang penyelidikan cuaca angkasa. Semoga peluang ini dapat memperluas jaringan penyelidikan antarabangsa serta membawa manfaat kepada penyelidik serta pelajar di IPI dan UKM secara keseluruhan.
Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya diucapkan!
#tahniah #AOSWA2025 
