Tahniah! Pensyarah Jemputan di Universitas Jenderal Soedirman (UNSOED), Indonesia

Institut Perubahan Iklim (IPI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Noorashikin Md Noor atas pelantikan sebagai Pensyarah Jemputan di Universitas Jenderal Soedirman (UNSOED), Indonesia selama setahun.
 
Pelantikan ini merupakan satu penghargaan terhadap kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang penyelidikan dan akademik, sekali gus memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa antara IPI dan institusi luar negara.
 
IPI mendoakan semoga Dr. Noorashikin terus diberi kekuatan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah ini serta terus mengharumkan nama UKM di persada antarabangsa.
 
Tahniah dan syabas!!
 
#tahniah #ipiukm #unsoed