Tahniah Prof. Dr. Mohd Nizam Mohd Said! Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan UKM

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg Prof. Dr. Mohd Nizam Mohd Said dan semua penyelidik IPI yang terlibat bagi penyelidikan bertajuk Towards One-stop Data Curation Portal For Climate Change Research in Malaysia (MylKLIM database).

Projek portal myIKLIM yang dibiayai oleh dana Kursi Kelestarian YSD-UKM ini diletakkan di bawah IPI dan digerakkan oleh para penyelidik IPI, telah dipilih dan diiktiraf oleh UKM sebagai Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan UKM, mendapat penarafan yang tinggi dengan 4 bintang.

#myiklim #gegargamat #perubahaniklim #climatechange #ipiukm