Terima Kasih Mantan Ketua Jaminan Kualiti

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ts. Dr. Norsuzlin Mohd Sahar atas komitmen, kepimpinan dan sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Ketua Jaminan Kualiti, IPI.
 
Kepimpinan serta dedikasi beliau dalam memperkukuh pelaksanaan sistem jaminan kualiti dan penambahbaikan berterusan di Institut Perubahan Iklim amat dihargai. Semoga segala usaha dan sumbangan beliau terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPI.
 
TERIMA KASIH DR. SUZLIN!