Terima Kasih Mantan Ketua Pusat Angkasa
Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Ir. Dr. Mandeep Singh Jit Singh atas khidmat bakti, kepimpinan dan sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Sains Angkasa, IPI.
Kepimpinan serta dedikasi beliau dalam memperkukuh penyelidikan dan pembangunan bidang sains angkasa di UKM amat dihargai. Semoga segala sumbangan dan usaha beliau terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPI dan UKM.
IPI turut berharap agar Prof. Ir. Dr. Mandeep Singh Jit Singh dapat meneruskan bakti dan sumbangan beliau di Institut Perubahan Iklim, demi kemajuan dan kecemerlangan institusi pada masa hadapan.
IPI mendoakan agar Prof. Ir. Dr. Mandeep Singh Jit Singh terus diberi kesihatan yang baik, kejayaan berterusan dan kecemerlangan dalam kerjaya serta kehidupan pada masa akan datang.
TERIMA KASIH PROF. MANDEEP!
