Terima Kasih Mantan Timbalan Pengarah IPI

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Pihak Institut Perubahan Iklim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PROF. IR. DR. MARDINA ABDULLAH atas segala sumbangan, komitmen dan kepimpinan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai TIMBALAN PENGARAH yang berakhir pada 30 September 2025.
Sumbangan Prof. dalam memperkukuh penyelidikan, membina jaringan kerjasama, dan membimbing warga institut sangat dihargai serta akan sentiasa dikenang. Khidmat dan kepakaran Prof. tetap diperlukan dan kami berharap Prof. sudi untuk terus berbakti demi kemajuan institut yang berterusan.
Semoga Prof. terus melangkah maju dengan kejayaan yang lebih gemilang dan segala usaha serta jasa bakti Prof. sentiasa diberkati dan dirahmati.
Salam hormat dan setinggi-tinggi terima kasih.