Zulfahmi Ali Rahman
Prof. Madya Dr. Zulfahmi Ali Rahman
BSc (UKM), MSc (Wales), PhD (Durham)
Tel: +6 03 8921 3318 I Fax: +6 03 8925 3357 I E-mail: zarah1970@ukm.edu.my
Latar Belakang
Saya telah berkhidmat di Fakulti Sains dan Teknologi UKM sejak 1996 sebagai Pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya pada tahun 2012 sehingga kini. Saya telah dianugerahkan ijazah MSc dalam Geologi Sekitaran Gunaan dari Cardiff University (1996) dan PhD dari Durham University (2008) dalam bidang Kejuruteraan Geologi. Saya terlibat dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan universiti berkaitan input pengetahuan geologi dalam isu-isu alam sekitar. Kursus-kursus berkaitan geosains khususnya melibatkan pengenalan geodinamik bumi, asas mineral dan batuan, sains tanah sekitaran, asas kejuruteraan tanah, biokejuruteraan dan ketidakstabilan cerun dan bencana alam. Bidang kepakaran menjurus kepada pencirian kejuruteraan tanah rantau tropika, perawatan tanah bermasalah seperti lempung dan gambut menggunakan sisa-sisa buangan, biokejuruteraan dalam penstabilan dan hakisan cerun dan pemetaan dan pengelasan tanah runtuh. Penyelidikan utama melibatkan pencirian kejuruteraan tanah rantau tropika, penggunaan sisa hasilan industri/pertanian dalam pembangunan bahan binaan alternatif bata dan perawatan tanah bermasalah dan penggunaan spesis tumbuhan tempatan dalam pendekatan biokejuruteraan cerun. Saya turut terlibat dengan beberapa projek perundingan berkaitan kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) bagi sektor geologi dan geoteknik.
Penerbitan Terpilih:
- Z. A. Rahman, W. Z. W. Yaacob, S. A. Rahim, T. Lihan, W. M. R. Idris & W. N. F. Mohd Sani. 2013. Geotechnical characterisation of marine clay as potential liner material. Sains Malaysiana 42(8): 1081-1089
- Z. A. Rahman, W. Z. W. Yaacob, S. A. Rahim, T. Lihan, W. M. R. Idris & W. N. F. Mohd Sani. 2013. Geotechnical characterisation of marine clay as potential liner material. Sains Malaysiana 42(8): 1081-1089
- Z. A. Rahman, H. Hasan Ashari, S. A. Rahim, T. Lihan & W. M. R. Idris. 2014. Effect of rice husk ash addition on geotechnical characterisation of residual soil. American-Eurasia Journal of Agricultural and Environmental Science 14 (2) : 1368-1377
- Z. A. Rahman, J.Y.Y. Lee, S. A. Rahim, T. Lihan and W. M. R. Idris. 2015. Application of gypsum and fly ash as additives in stabilization of tropical peat soil . Journal of Applied Sciences 15 (7) : 1006-1012