Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Jabatan Sains Matematik

Soalan Lazim

Apa itu matematik?

  • Ia adalah pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.

  • Ia merupakan penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik.

  • Ia berkembang melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal.
  • Inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.

Apakah matematik gunaan?

  • Matematik sebagai unsur baru yang dicipta berdasarkan penemuan Sains dan menyingkap ufuk-ufuk baru Sains.

Siapa Menggunakan Matematik?

Matematik digunakan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Keterangan lanjut boleh didapati di http://weusemath.org/.

Apakah statistik?

  • Statistik adalah suatu bidang pengajian berkenaan dengan pengumpulan, persembahan, penganalisisan dan pentafsiran data untuk menghuraikan hakikat nyata dengan cara yang bersifat sains.

Video: Entry for American Statistical Association Video Contest. Won recognition as Best Evidence of Inspiring Students

Apakah aktuari?

  • Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

  • Seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Apakah kerjaya bagi graduan Matematik/Statistik/Sains Aktuari?

Matematik

  • Pensyarah
  • Guru
  • Pegawai Bank
  • Pegawai Kerajaan
  • Juru Audit
  • Jurutera
  • Pegawai Penyelidik
  • Saintis

Video: http://www.freshersworld.com?src=Youtube

Untuk bacaan yang lebih lanjut: Kerjaya Matematik

 

Statistik

  • Ahli statistik mempunyai peluang pekerjaan yang cerah dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Ahli statistik diperlukan dalam bidang sains, teknologi dan perniagaan. Di Malaysia, peluang kerjaya bagi ahli statistik boleh didapati di:
    • Agensi kerajaan, terutamanya dalam jabatan statistik agensi-agensi tersebut
    • Syarikat penyelidikan pasaran
    • Syarikat penyelidikan seperti MPOB, MARDI dll.
    • Universiti
    • Bank
    • Syarikat insurans
    • Syarikat pembuatan
    • Hospital
  • Bergantung kepada jenis industri dan tahap kelayakan, pendapatan graduan statistik di Malaysia adalah dalam julat RM2000 ke RM2500.
  • Maklumat ini didapati daripada http://www.doctorjob.com.my/article/career-description-statistician.aspx. Sila layari laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kerjaya seorang ahli statistik di Malaysia.

Video:  www.thisisstatistics.org

Untuk bacaan yang lebih lanjut: Kerjaya Statistik

Sains Aktuari

  • Aktuari

Video: https://www.youtube.com/user/SocietyofActuaries/featured

Video: http://www.actuaries.org.uk

Untuk bacaan lebih lanjut: Kerjaya Aktuari

Kerjaya pensyarah

Kerjaya Pensyarah

Pensyarah memberikan pengajaran dalam pelbagai subjek akademik di luar peringkat sekolah menengah. Merka perlu berupaya untuk menyampaikan maklumat dengan pelbagai gaya pembelajaran yang sesuai mengikut tahap pemikiran pelajar dalam subjek tersebut. Mereka juga menjalankan penyelidikan dan menerbit makalah ilmiah dalam jurnal berimpak dan buku. Pensyarah perlu menulis kertas, memberi kuliah, dan memberi khidmat masyarakat melalui kerja-kerja amal. Oleh yang demikian, kemahiran menulis dan berkomunikasi diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut dengan berkesan. Kemahiran pemikiran- kritis yang baik juga penting untuk membangunkan teori dan menjalankan penyelidikan.

Persekitaran Tempat Kerja

Pensyarah bekerja di kolej awam dan swasta dan universiti, sekolah profesional, maktab rendah atau komuniti, dan sekolah-sekolah kerjaya dan vokasional. Kebiasanyanya, jadual di luar waktu kuliah adalah agak luwes, dan digunakan juga untuk urusan pentadbiran, kaunseling kepada pelajar dan menjalankan penyelidikan. Pensyarah perlu berada di kampus untuk membuat persediaan dan memberi kuliah, serta menanda tugasan di sepanjang waktu pejabat.

Persediaan untuk menjadi pensyarah

Tahap pendidikan untuk menjadi pensyarah berbeza mengikut jenis institusi pendidikan dan kursus yang diajar. Ijazah sarjana mungkin sudah memenuhi syarat untuk kelayakan di kolej tertentu. Lumrahnya, pensyarah disyaratkan supaya mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD). Bagaimanapun, ijazah sarjana atau calon-calon ijazah PhD yang mempunyai pengalaman bekerja bagi kepakaran tertentu boleh dipertimbangkan seperti bidang Sains Aktuari atau untuk jawatan sambilan. Program PhD secara amnya mengambil beberapa tahun selepas tamat program ijazah sarjana muda. Tempoh ini termasuklah melengkapkan ijazah sarjana dan menulis disertasi kedoktoran iaitu laporan yang membentangkan penyelidikan asal dalam bidang pengajian. Calon-calon biasanya pakar dalam subbidang, contohnya Matematik Kewangan, Pemodelan Bendalir Mekanik dan Data Ekstrim.

Pengalaman kerja yang berkaitan

Kebanyakan pensyarah mungkin mempunyai pengajaran atau pengalaman bekerja, tetapi dalam kebanyakan kes pengalaman kerja tidak diperlukan. Untuk bidang tertentu seperti kepakaran bidang kesihatan atau seni, pengalaman bekerja di agensi kerajaan, industri swasta, atau organisasi bukan kerajaan (NGO) mungkin adalah penting kerana pengalaman bekerja tersebut dapat mambantu meningkatkan kepakaran mereka. Dalam beberapa bidang, pekerjaan jangka pendek pascakedoktoran (post-doc) dan pembantu pengajar pascasiswazah dapat menyediakan pengalaman bekerja kepada bakal pensyarah. Kebiasaanya, tempoh yang diberikan adalah 2 hingga 3 tahun sebagai Penyelidik Bersekutu atau setara.

Bayar Upah Gaji

Upah gaji adalah berbeza mengikut jenis institusi. Lazimnya, pensyarah mempunyai gaji yang lebih tinggi di universiti dan kolej berbanding di kolej komuniti dan sekolah profesional. Jumlah jam bekerja juga mungkin berbeza iaitu bergantung kepada jenis institusi dan bidang.