Panggilan Penyertaan Kolokium Siswazah KITA 2/20242025, 7 April 2025

Kepada Pelajar Siswazah KITA yang dihormati,
1. Sebagai sebahagian daripada proses penilaian program siswazah di KITA, semua pelajar adalah diwajibkan untuk membentangkan penyelidikan mereka pada Kolokium Siswazah KITA pada tiga peringkat: usulan penyelidikan, laporan kemajuan, dan draf akhir.
2. Sehubungan itu, pelajar KITA yang berminat dan layak adalah dijemput untuk membentang dan mempertahankan cadangan penyelidikan atau laporan kemajuan penyelidikan Sarjana/Doktor Falsafah mereka pada Kolokium Siswazah KITA Semester 2 Sesi Akademik 2024/2025 yang dijadualkan berlangsung pada 14 & 15 Mei 2025 (Rabu & Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat KITA, Institut Kajian Etnik (KITA).
KELAYAKAN & KEPERLUAN UNTUK PEMBENTANGAN USULAN PENYELIDIKAN
- Kelayakan: Pelajar KITA yang sekurang-kurangnya berada dalam semester kedua (Sarjana) atau semester ketiga (Doktor Falsafah), dan masih belum membentangkan usulan penyelidikan mereka adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Hanya pelajar yang berdaftar (berstatus aktif) pada semester ini dibenarkan untuk membentang.
- Keperluan: Usulan penyelidikan lengkap (anggaran 15-20 muka surat) yang merangkumi (1) pengenalan, (2) permasalahan kajian, (3) objektif & soalan kajian, (4) rumusan sorotan karya (disusun secara tematik), (5) kerangka teoretikal/konseptual, (6) metodologi kajian, (7) skop kajian, (8) signifikasi kajian, dan (9) kerangka kandungan bab.
- Keperluan Etika Penyelidikan: Pelajar KITA digalakkan untuk mengisi borang permohonan kelulusan etika penyelidikan – rujuk senarai borang di bawah. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan dan prosedur permohonan kelulusan etika penyelidikan, sila layari laman Jawatankuasa Etika Penyelidikan KITA (JEPKITA) di laman web KITA. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan kelulusan etika penyelidikan hendaklah diajukan kepada pegawai JEPKITA.
KELAYAKAN & KEPERLUAN UNTUK PEMBENTANGAN LAPORAN KEMAJUAN
- Kelayakan: Pelajar KITA yang telah membentangkan usulan kajian mereka pada Kolokium Siswazah KITA sebelum ini dan telah mencapai sekurang-kurangnya 75% kemajuan dalam objektif kajian mereka. Contoh: Jika kajian mempunyai tiga objektif, laporan kemajuan harus menyentuh sekurang-kurangnya penemuan kepada objektif kajian pertama dan kedua (RO1 & RO2). Jika kajian mempunyai lebih daripada empat objektif, laporan kemajuan harus menyentuh sekurang-kurangnya penemuan kepada objektif kajian pertama, kedua dan ketiga (RO1, RO2 & RO3).
- Pelajar Doktor Falsafah yang berada di semester kelima dan ke atas, adalah digalakkan untuk membuat pembentangan laporan kemajuan.
- Keperluan: Laporan kemajuan yang memperincikan perkembangan semasa kajian – rujuk kriteria di atas.
- Keperluan Etika Penyelidikan: Pelajar dikehendaki telah memulakan atau melengkapkan proses permohonan kelulusan etika penyelidikan kepada JEPUKM melalui JEPKITA. Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan dan prosedur permohonan kelulusan etika penyelidikan, sila layari laman Jawatankuasa Etika Penyelidikan KITA (JEPKITA) di laman web KITA. Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan kelulusan etika penyelidikan hendaklah diajukan kepada pegawai JEPKITA.
3. Setiap slot pembentangan terdiri daripada tiga bahagian: (a) pembentangan oleh pelajar (15 minit), (b) ulasan oleh Pengulas (10 minit), dan (c) sesi soal-jawab daripada hadirin (5 minit).
4. Pelajar dikehendaki berbincang terlebih dahulu dengan penyelia masing-masing sebelum menyertai kolokium. Setelah mendapat kebenaran, sila lengkapkan dan hantar borang permohonan melalui Google Form di pautan berikut: https://forms.gle/3ZAbCSu7ZMFNkAPw5
5. Tarikh akhir penghantaran permohonan ialah pada 21 April 2025.
BORANG PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN
- UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Penghantaran Dokumen Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (versi 4 Januari 2024)
- UKM-JEP-SS02 Senarai Semak Dokumen (Projek Percubaan Klinikal (Sponsor)) (versi 4 Januari 2024)
- UKM-JEP-BO01 Borang Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (versi 7 Disember 2023)
- UKM-JEP-BO02 Borang Saringan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (versi 7 Disember 2023)
- UKM-JEP-BO03 Borang Kerahsiaan Pelajar Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (versi 21 September 2023)
- UKM-JEP-BO08 Borang Konflik Kepentingan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (versi 7 Disember 2023)
Sumber: E-mel Penyelaras Kolokium Siswazah KITA, 7 April 2025