Kolokium Siswazah KITA

Penyelaras Kolokium: Dr. Noor Atika Shafinaz Nazri

  1. Setiap pelajar wajib membentangkan kajian di peringkat usulan, laporan kemajuan dan draf akhir dalam Kolokium Siswazah KITA sebagai sebahagian daripada kaedah penilaian dan pemantauan pencapaian dan hasil pembelajaran pelajar. Pembentangan tesis pada fakulti atau institut lain atau majlis lain selain Kolokium Siswazah KITA tidak diambil kira.
  2. Pindaan besar kepada topik dan skop penyelidikan memerlukan pembentangan sekali lagi tertakluk pertimbangan Penyelia Utama atau Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan.
  3. Pemilihan pelajar untuk membentang pada kolokium semasa dilakukan berdasarkan pandangan Penyelia Utama mengenai kesediaan pelajar untuk membentang usulan kajian, laporan kemajuan dan draf akhir. Pelajar bertanggungjawab untuk menghantar permohonan untuk membentang pada Kolokium Siswazah KITA dengan sokongan daripada Penyelia Utama.
  4. Seorang pengulas yang terdiri daripada pensyarah dalam bidang kepakaran yang releven akan dijemput khas untuk membuat ulasan dan memberi cadangan penambahbaikan. Salinan borang ulasan yang diisi pengulas akan diserahkan kepada pelajar untuk rujukan, perbincangan susulan dengan penyelia dan penambahbaikan. Rujuk Garis Panduan Pemantauan Hasil Maklum Balas dari Kolokium/Seminar Pemantauan Siswazah UKM yang berkuatkuasa mulai 13 Februari 2017 untuk maklumat lanjut perkara ini.
  5. Kolokium Siswazah KITA terbahagi kepada dua jenis: Kolokium Tahunan dan Kolokium Draf Akhir.

Kolokium Siswazah KITA Tahunan

  1. Kolokium Tahunan dijalankan sekali pada setiap semester (Mei & November) melibatkan  peringkat pembentangan usulan kajian dan laporan kemajuan sahaja.
  2. Tahap Usulan Kajian: Pelajar digalakkan untuk membentang usulan kajian menjelang Semester 2 (untuk pelajar Sarjana) dan Semester 3 (untuk pelajar DFal) dengan menghantar (1) abstrak, (2) usulan kajian, (3) slaid pembentangan usulan, (4) Borang Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (UKM-JEP-BO01).
  3. Tahap Laporan Kemajuan: Pelajar yang telah menjalankan kajian lapangan dan menjawab sekurang-kurangnya 65% Objektif Kajian adalah disarankan untuk membentang laporan kemajuan penyelidikan dengan menghantar (1) abstrak, (2) slaid laporan kemajuan. Pelajar DFal dalam Semester 5 dan ke atas yang belum membentang laporan kemajuan masing-masing turut dialu-alukan untuk membentang.
  4. Rujuk slaid di bawah untuk perincian lanjut termasuk panduan penyediaan usulan kajian dan slaid pembentangan usulan.

*Nota: Telah menjawab RO1 dan RO2 daripada tiga objektif kajian. Bagi kajian yang mempunyai lebih daripada empat objektif kajian, laporan kemajuan seharusnya menjawab kepada tiga objektif kajian pertama.

Kolokium Siswazah KITA (Draf Akhir)

  1. Kolokium Siswazah KITA (Draf Akhir) dijalankan dua kali dalam setiap semester secara berasingan daripada Kolokium Siswazah KITA Tahunan. Ini adalah untuk memenuhi syarat keperluan pelajar membentang draf akhir sebelum boleh menghantar notis penghantaran tesis untuk pemeriksaan. Dalam pembentangan tersebut pengulas akan memberi pandangan sama ada pelajar telah bersedia menyerahkan tesis untuk pemeriksaan seperti termaktub dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Siswazah KITA Bil. 1/2015 bertarikh 8 Januari 2015.
  2. Tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Siswazah KITA, pelajar yang didapati belum bersedia untuk menyerahkan tesis untuk pemeriksaan, perlu membuat pembentangan draf akhir kali kedua dalam siri Wacana Kajian Etnik. Perkara ini adalah berdasarkan keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Siswazah 4/2016 bertarikh 6 Jun 2016.
  3. Pelajar yang ingin membentang pada peringkat draf akhir boleh membuat permohonan dengan menghantar (1) draf tesis lengkap dalam format PDF dan (2) slaid pembentangan.
  4. Rujuk slaid di bawah untuk perincian lanjut termasuk panduan penyediaan slaid pembentangan draf akhir.
Sumber: Taklimat Siswazah KITA 1/2026-2027, 15 Oktober 2026 (dikemaskini 21 Oktober 2026)

Dikemas kini: 1 November 2026

Kolokium-kolokium Terdahulu

Nota: Kolokium Siswazah KITA adalah sebahagian daripada keperluan Kod Amalan untuk Akreditasi Program (COPPA), yang merupakan rujukan utama bagi sesuatu program akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikut: SDG4 dan SDG16.

Date / TarikhTitle / TajukPoster
18 November 20261/2026-2027 KITA Postgraduate Colloquium
7 July 2026KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Adi Sofuan Md Yusof (P153634)
19 June 2026KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Lan Jiaying (P128728)
4 June 2026KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Li Yanjun (P121325)
14 May 2026KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Tang Ying Ying (P100935)
14 May 2026KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Yang Sidian (P121516)
13 & 14 May 20262/2025-2026 KITA Postgraduate Colloquium
11 & 12 November 20251/2025-2026 KITA Postgraduate Colloquium
16 October 2025KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Anisha Chai Mee Fong (P85985)
2 September 2025KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Nurazimah binti Aziz (P112485)
15 May 2025Pembentangan Draf Akhir Muhammad Azzubair Awwam bin Mustafa (P106600)
14 & 15 May 20252/2024-2025 KITA Postgraduate Colloquium
19 March 2025KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Lyu Sheng (P112484)
19 March 2025Kolokium Siswazah KITA: Pembentangan Draf Akhir Mohd. Rusydi Azfar Abdul Kadir (P117509)
17 & 18 December 20241/2024-2025 KITA Postgraduate Colloquium
24 October 2024KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Shamsul Amri Abdul Manap (P112252)
25 September 2024KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Ab Bassit Husain (P83556)
16 July 20242/2023-2024 KITA Postgraduate Colloquium
13 March 2024KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Fatimah Tajuddin (P84037)
01 February 20241/2023-2024 KITA Postgraduate Colloquium
22 December 2023KITA Postgraduate Colloquium (Final Draft Presentation): Amran Omar (P90503)
12 & 13 July 20232/2022-2023 KITA Postgraduate Colloquium
1 & 2 February 20231/2022-2023 KITA Postgraduate Colloquium
22 June 20222/2021-2022 KITA Postgraduate Colloquium
14 & 15 December 20211/2021-2022 KITA Postgraduate Colloquium