Kursi UNESCO

Pada 22 Februari 2019, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Kajian Etnik (KITA) telah dianugerahkan Kursi UNESCO dalam bidang Praktis Sosial dalam Komunikasi Antara Budaya dan Kesepaduan Sosial (Social Practices in Intercultural Communication & Social Cohesion) dengan Pengarah Pengasas KITA, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dilantik sebagai Pemegang Kursi. Ini merupakan Kursi UNESCO yang pertama di UKM dan pertama di Malaysia dalam bidang komunikasi antara budaya yang memfokus kepada kajian etnik dan kesepaduan sosial.

Pada tahun 2023, tempoh penganugerahan Kursi UNESCO dalam bidang Praktis Sosial dalam Komunikasi Antara Budaya dan Kesepaduan Sosial telah diperbaharui dan dilanjutkan kepada empat tahun dari tahun 2023 hingga tahun 2027. Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin kekal sebagai Pemegang Kursi manakala Felo Penyelidik Utama KITA pada masa itu, Dr. Eric Olmedo Panal dilantik sebagai Pemegang Bersama Kursi.

Pegawai

Pemegang Kursi
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, FASc
Pemegang Bersama Kursi
Dr. Eric Olmedo Panal
Pengurus
Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham
Pentadbir & Pereka
Nur Hezreen Othman

Hubungi Kami

Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham
Pengurus Kursi UNESCO,
Institut Kajian Etnik,
Aras 4 Blok Pentadbiran,
Kolej Keris Mas, 
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor,
MALAYSIA.

E-mel: akqmiehisham [at] ukm.edu.my

Tel.: +603-89213621

Dikemaskini: 9 Februari 2026