Persediaan Permohonan: Panduan JEPKITA

Video Panduan: Edisi Bahasa Melayu

Persediaan Penghantaran oleh Pelajar KITA

Langkah 1: Baca & fahami Garis Panduan JEPUKM (UKM-JEP-GP02)
  • Layari laman web JEPUKM dan muat turun garis panduan.
  • Nama dokumen: UKM-JEP-GP02 Garis Panduan Mengisi Borang Permohonan
  • Baca dan fahami garis panduan berkenaan: pada dasarnya, permohonan yang dihantar oleh pelajar KITA memerlukan Penyelia Utama dinamakan sebagai Penyelidik Utama / Ketua Projek / Penyelia Projek dalam keseluruhan kertas kerja permohonan tersebut.
Langkah 2: Muat turun borang
  • Pada laman web JEPUKM yang sama, klik pada “Borang JEPUKM” di bawah tab “Dokumen” dan muat turun borang-borang permohonan berikut:
    1. UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (Document Submission Checklist)
    2. UKM-JEP-BO01 Borang Permohonan Etika Penyelidikan (Application Form)
    3. UKM-JEP-BO02 Borang Saringan (Review Form)
    4. UKM-JEP-BO03 Borang Kerahsiaan Pelajar (Student Non-Disclosure Form)
    5. UKM-JEP-BO08 Borang Konflik Kepentingan (Conflict of Interest Disclosure Form)
  • Sebagai alternatif, borang-borang tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web JEPKITA: https://www.ukm.my/kita/jepukm-application-forms/
Langkah 3: Muat turun templat
  • Pada laman web JEPUKM yang sama, klik pada “Templat” di bawah tab “Dokumen” dan muat turun templat-templat berikut:
    1. Helaian Maklumat Peserta (Participant Information Sheet) – Malay/Englisha
    2. Borang Keizinan Peserta (Participant Informed Consent Form) – Malay/Englisha, b
    3. Borang Persetujuan (Assent Form)c
    4. Format kertas cadangan (Proposal Format)
    5. CV Pelajar (Student CV)
  • Sebagai alternatif, templat-templat tersebut juga boleh dimuat turun dari laman web JEPKITA: https://www.ukm.my/kita/jepukm-application-forms/

a. Pemilihan bahasa templat adalah bergantung kepada bahasa yang digunakan dalam kertas kerja yang dihantar. Bagi penyelidikan yang dijalankan dalam bahasa selain Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris (misalnya Bahasa Cina, Vietnam, dan sebagainya), sediakan juga terjemahan dokumen dalam bahasa tersebut.
b. Templat Borang Keizinan Ibu Bapa / Penjaga diperlukan bagi penyelidikan yang melibatkan kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah).
c. Hanya terpakai bagi penyelidikan yang melibatkan kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah).

Langkah 4: Namakan semula dan susun dokumen
  • Namakan semula dan susun semua salinan lembut dokumen (fail Word/PDF) yang telah disediakan mengikut  UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (Document Submission Checklist).
  • Tandakan setiap dokumen yang telah dilengkapkan dan disusun dengan tanda rait (✔) pada lajur Semakan oleh Penyelidik (Checklist by Researcher) yang mana berkenaan.
  • Lengkapkan borang tersebut dengan:
    1. Tajuk Penyelidikan
    2. Penyelidik Utama – nama, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
    3. Pelajar – nama, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
  • Simpan fail senarai semak dalam format MS Word.
Langkah 5: Sediakan Folder Baharu @ Google Drive Siswa UKM
  • Akses Google Drive menggunakan alamat e-mel UKM Siswa anda  (e.g. p000000@siswa.ukm.edu.my).
  • Buat folder baharu.
  • Namakan folder tersebut dengan nombor matrik dan nama anda (contoh: P000000 Capy Bara).
Langkah 6: Muat naik dokumen ke Folder Google Drive
  • Muat naik semua dokumen ke Folder Google Drive tersebut.
  • Pastikan setiap fail dinama dan dinomborkan secara tersusun mengikut UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (Document Submission Checklist).
  • Petua: Gabungkan penomboran sebagai sebahagian daripada nama fail dengan menggunakan tanda sengkang (‘-‘) and garis bawah (‘_’). Berikut adalah beberapa contoh sebenar:
    • 1.-UKM-JEP-SS01_Senarai-Semak-Dokumen-4-Jan-2024.docx
    • 2.i-UKM-JEP-BO01 Borang Permohonan Etika Penyelidikan.pdf
    • 2.ii-UKM-JEP-BO02_Borang-Saringan.docx
    • 2.iii-UKM-JEP-BO03_Borang-Kerahsiaan-Pelajar.docx
    • 2.iv-UKM-JEP-BO08_Borang-Konflik-Kepentingan-Jawatankuasa-Etika-Penyelidikan-UKM_v2.docx
    • 3.-Format-kertas-cadangan_Senarai-semak-perkara-yang-perlu-ada-dalam-kertas-cadangan.docx
Langkah 7: Edit tetapan Folder Google Drive
  • Ubah tetapan folder seperti berikut:
    1. Share: Anyone with the link
    2. Role: Editor
  • Klik “Done” untuk simpan tetapan baharu tersebut.
  • Klik pada butang “Copy link” untuk menyalin pautan folder dan ikuti Langkah 8 di bawah.
Langkah 8: Hantar permohonan melalui Penyelia Utama
  • Hantar pautan Folder Google Drive (yang telah disalin dalam Langkah 7) dalam emel kepada Penyelia Utama menggunakan alamat emel rasmi UKM beliau. Ini adalah sejajar dengan prosedur dalam Carta Alir JEPKITA Permohonan oleh Pelajar KITA.
  • Penyelia Utama bertanggungjawab menyemak dokumen yang disediakan oleh pelajar sebelum beliau menghantar permohonan tersebut kepada JEPUKM melalui JEPKITA.
  • Pelajar bertanggungjawab untuk membuat pembetulan selanjutnya, jika ada.

-TAMAT-

Penyediaan Dokumen: Contoh-contoh

Penafian:

  1. Sila ambil maklum bahawa dokumentasi di bawah disediakan terutamanya untuk membantu para pelajar KITA dalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk permohonan kelulusan etika bagi penyelidikan Sarjana/PhD mereka.
  2. Dokumentasi ini adalah berdasarkan sebuah projek penyelidikan rekaan yang bertajuk, “Mengukur tahap literasi muzik dalam kalangan anak-anak warga Institut Kajian Etnik (KITA), UKM: Satu kajian rintis” oleh Cik ‘Capy Bara’ (P123456) dari program Sarjana Pengajian Etnik. Oleh itu, nama-nama pelajar, penyelia, dan organisasi di mana penyelidikan akan dijalankan, serta tandatangan, cop, gambar dan kepala surat masing-masing yang  mana berkaitan, adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi. Kandungan reka bentuk dan kertas cadangan bagi penyelidikan rekaan ini telah dijana oleh AI (Kecerdasan Buatan); justeru, ia tidak mencerminkan kualiti sebenar yang diperlukan daripada sebuah penyelidikan di peringkat Sarjana/PhD.
  3. Dokumentasi ini adalah berdasarkan contoh-contoh yang dibekalkan oleh JEPKITA, yang diterima pada 22 September 2026.
  4. Para pelajar KITA dikehendaki mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada penyelia-penyelia masing-masing dan pegawai JEPKITA semasa menyediakan dokumentasi ini sebelum menghantar permohonan mereka.
No.Tajuk Dokumen • Document Title
1UKM-JEP-SS01 Senarai Semak Dokumen (4 Januari 2024)
UKM-JEP-SS01 UKM Research Ethics Committee Document Submission Checklist (4 January 2024)
2UKM-JEP-BO01 Borang Permohonan Kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (7 Disember 2023)
UKM-JEP-BO01 UKM Research Ethics Committee Application Form (7 December 2023)
3UKM-JEP-BO02 Borang Saringan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (7 Disember 2023)
UKM-JEP-BO02 UKM Research Ethics Committee Review Form (7 December 2023)
4UKM-JEP-BO03 Borang Kerahsiaan Pelajar Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (21 September 2023)
UKM-JEP-BO03 UKM Research Ethics Committee Student Non-Disclosure Form (21 September 2023)
5UKM-JEP-BO08 Borang Konflik Kepentingan Jawatankuasa Etika Penyelidikan UKM (7 Disember 2023)
UKM-JEP-BO08 UKM Research Ethics Committee Conflict of Interest Disclosure Form (7 December 2023)
6Format Kertas Cadangan: Senarai Semak Item Yang Perlu Ada Dalam Kertas Cadangan
Proposal Format: Checklist of Items Required in the Proposal
7Usulan Kajian
Research Proposal
8Templat Helaian Maklumat Peserta
Participant Information Sheet Template
9Templat Helaian Maklumat Ibu Bapa / Penjaga
Parent / Guardian Information Sheet Template
10Templat Borang Keizinan Peserta
Participant Informed Consent Form Template
11Templat Borang Keizinan Ibu Bapa / Penjaga
Parent / Guardian Informed Consent Form Template
12Informed Assent Form Template for Children / Minors
13Borang Soal-Selidik
Questionnaire Form
14Contoh Surat Kebenaran Organisasi
Example of Permission Letter from the Organization
15CV Pelajar
Student CV

Dikemas kini: 28 September 2026