Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 2 2022/2023

Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) Semester 2 Sesi 2022/2023
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 2 Sesi 2022/2023 kepada pelajar Sarjana atau Doktor Falsafah (mod penyelidikan) yang mendaftar secara sepenuh masa.
Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan seperti berikut:
- Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan β Lampiran A
- Jadual Kerja Skim Zamalah Penyelidikan β Lampiran B
- Borang Permohonan Baharu β Lampiran C
Borang yang telah lengkap diisi dan telah mendapat pengesahan Penyelia perlu dihantar sebelum atau pada 27 Februari 2023 sebelum pukul 5.00 petang melalui Google Form di pautan berikut: https://bit.ly/ZMLHSEM2_20222023
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Akademik UKM di alamat emel awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel βPertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikanβ.
Untuk hebahan Skim Zamalah Penyelidikan Semester 2 Sesi 2022/2023 dalam versi Bahasa Inggeris, sila klik SINI