13 Pelajar UKM Tamat Program Keusahawanan


Oleh Radzuan Ghazali
Foto  Raai Othman

BANGI, 28 Februari 2017 – Seramai 13 pelajar dari pelbagai  fakulti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menamatkan program Masterclass Entrepreneuship yang dikendalikan oleh Fakulti Ekonomi Pengurusan (FEP) bersama Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

Semua pelajar kursus tersebut telah berjaya menghasilkan  produk dan membuktikan kesungguhan mereka dengan mempamerkan produk tersebut di majlis yang sama.

Pada majlis tersebut hanya lima pelajar terpilih untuk memberikan penerangan tentang produk mereka kepada audiens yang merangkumi ahli perniagaan dan jemputan daripaa agensi kerajaan dan swasta.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah berkata, masterclass entrepreneurship akan diperluaskan penyertaan kepada universiti-universiti awam lain.

Beliau menambah, langkah UKM mengadakan program ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada universiti, tetapi juga kepada pelajar kerana bidang keusahawanan yang diceburi juga memberikan pulangan hasil kepada mereka sendiri.

Suatu majlis penyampaian sijil kepada para peserta telah disampaikan oleh Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah pada 18 Februari 2017 lalu di Aras Bawah, Nu Central, KL Central, Kuala Lumpur.

Hadir sama, Naib Canselor UKM, Prof Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali, Ketua Pegawai Eksekuti MAGIC, Ashran Datuk Ghazi dan Presiden GEM, Dash Dhakshinamoorthy.