50 Pelajar Universiti Seluruh Negara ASEAN Sertai Program UKM-CYAL

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ahmad Shahiddan Saidi

BANGI, 6 Disember 2016 – Seramai 50 mahasiswa dari 10 universiti Asean telah berkampung di Kuala Lumpur bagi mengikuti program CIMB Young ASEAN Leaders Programme (CYAL) 2016.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu adalah kerjasama antara CIMB Foundation dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menekankan tentang Pengurangan Risiko Bencana (DRR) yang dihadapi di negara ASEAN.

Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UKM, Prof. Madya Datuk Dr. Rokiah Omar berkata UCTC menerima 800 permohonan tetapi hanya 50 sahaja yang dipilih bagi mengikuti program itu.

“Semua peserta dibawa ke Jabatan Meteorologi Malaysia dan diberikan penerangan tentang iklim Malaysia dan turut terlibat dengan aktiviti DRR iaitu bencana banjir.

“Para peserta didedahkan dengan kaedah-kaedah pemindahan mangsa banjir di sekitar kawasan Kampung Sungai Tangkas, Bangi melalui kerjasama daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung tersebut.

Katanya, ini adalah kali kedua program CYAL diadakan dengan kerjasama CIMB Foundation.ukmnewsportal-bm
2

3