Acara Sambutan Hari Malaysia UKM 2015 Gilang Gemilang

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto: Shahiddan Saidi, Izwan Azman dan Ikhwan Hashim

BANGI, 18 September 2015 – Pasukan Kolej Pendeta Za’aba memenangi dua anugerah emas pada Sambutan Hari Malaysia UKM yang dilangsungkan di Stadium UKM malam ini.

KPZ mendapat tempat pertama bagi Busana Terbaik dan Perbarisan Terbaik.

Beribu-ribu warga UKM membanjiri stadium untuk menyaksikan acara sambutan tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM (LPU)  Dato’ Seri Dr Ibrahim Saad

Naib Canselor Prof Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali turut hadir, bersama  kesemua Timbalan Naib Canselor dan anggota-anggota LPU.

Semua kolej kediaman dan pusat tanggung jawab mengambil bahagian dalam perbarisan.

Majlis sambutan dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM .ukmnewsportal-bm

2

3

4

5

6

7