Baucar Buku 1Malaysia Diteruskan

1
Oleh Engku Shariful Azni
Pix Ikhwan Hashim dan Shahidan Saidi

BANGI, 2 Mac 2016 – Kementerian Pengajian Tinggi mengkotakan janji untuk menghulurkan bantuan baucar buku 1Malaysia (BBIM) berjumlah RM250 kepada pelajar universiti dan RM100 kepada pelajar-pelajar miskin.

Upacara pelancaran bantuan berjumlah RM300 juta kepada 1.2  juta pelajar universiti disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Bin Jusoh ketika beliau menghadiri sesi dialog dengan pemimpin mahasiswa universiti di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Dato’ Ir Dr Zaini Bin Ujang dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali serta wakil-wakil dari kedua-dua universiti awam dan swasta.

Dato’ Seri Idris menyatakan kerajaan turut bersimpati dengan kebimbangan dan kesusahan pelajar dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Kira-kira  2,000 pemimpin pelajar dari pelbagai universiti, politeknik dan kolej komuniti telah mengambil bahagian di dalam sesi dialog tersebut.ukmnewsportal-bm
2