Belajar Sains Dan Matematik Jika Mahu Jadi Angkasawan

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 3 MAC 2016 – Sains Angkasa perlu diajar di sekolah untuk menggalakkan kanak-kanak belajar Sains dan Matematik, kata angkasawan  pertama negara.

“Nasihat saya kepada semua warga pendidik adalah untuk mengajar Sains Angkasa kepada anak-anak muda,” kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri, Felo Penyelidik Utama di Institut Perubahan Iklim (IPI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bercakap sebagai ahli panel pada Forum Galaxy untuk pendidikan abad ke-21, angkasawan tunggal negara berkata beliau kecewa apabila mengetahui bahawa kanak-kanak sekolah mahu menjadi angkasawan seperti beliau tetapi tidak minat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Dr Sheikh Muszaphar, yang menyampaikan ceramah motivasi kepada murid-murid, menasihatkan Kementerian Pendidikan menjadikan mata pelajaran  STEM seronok untuk belajar.

“Kita perlu mempunyai Khemah angkasa. Agal menyedihkan kanak-kanak tidak berminat dalam bidang Sains,” katanya pada forum interaktif tersebut yang direka untuk guru-guru, pendidik, ahli-ahli astronomi dan pelajar untuk menggalakkan kajian Astrofizik.

Seorang lagi ahli panel, Dr Dave Lommen seorang guru di Singapura, berkata kita tidak harus menunggu untuk kanak-kanak berminat dalam bidang sains dan matematik.

“Jangan meminta mereka untuk berubah, anda perlu mengubah diri kamu sendiri,” kata Lommen yang mengajar Fizik.

Bagaimanapun, Mohd Fairos Asillam dari Agensi Angkasa Malaysia yakin kanak-kanak boleh didorong secara tidak langsung ke bidang Sains dengan mempelajari Astronomi.

“Kami menarik lebih ramai pelajar kepada sains dengan menggunakan Astronomi, walaupun mereka tidak suka matematik dan sains,” kata Fairos. Forum itu dipengerusikan oleh pengarah ANGKASA Prof Ir Dr Mardina Abdullah.ukmnewsportal-bm05

Untitled-1

032

03