Buku Panduan iCGPA Dilancar

1

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

PUTRAJAYA, 4 April 2016 – Buku panduan untuk pelaksanaan sistem penilaian baru   Purata Nilai Gred Keseluruhan Bersepadu (Icgpa) dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, di sini, hari ini.

Beliau berkata buku rubrik itu menerangkan amalan terbaik yang boleh dirujuk untuk merancang kurikulum, hasil pembelajaran serta menerangkan tugasan yang sejajar dalam usaha melaksanakan iCGPA.

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah universiti pertama yang menggunakan sistem tersebut dan ini diikuti dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

“Kementerian telah menerima maklum balas yang baik dari universiti-universiti ini kerana iCGPA bukan sahaja mengubah cara mereka (pensyarah) mentafsir pelajar-pelajar tetapi mengubah cara mereka mengajar,” kata Dato’ Seri Idris Jusoh

Beliau berkata iCGPA juga berfungsi untuk mentafsir kemampuan pelajar melalui kemahiran komunikasi, pengurusan, keusahawanan, kemahiran sosial, kemahiran praktikal dan penyelesaian masalah.ukmnewsportal-bm

2

3