Capai Status Negara Maju Melalui Inovasi Dan Pengkomersilan, Kata Ahli Lembaga Pengarah UKM

4
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin

Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 3 Mei 2016 – Aliran berterusan inovasi yang boleh diperdagangkan memacu ekonomi negara-negara maju, kata Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Ahmed Tasir bin Lope Pihie.

Beliau berkata dalam ceramah bertajuk Inovasi Dari Perspektif Perniagaan dan Industri, bahawa ekonomi yang bergantung semata-mata kepada pengilangan  atau pemasangan tidak boleh benar-benar mencapai status maju jika mereka kekal dengan tahap tersebut.

“Ramai orang boleh mencipta, tetapi anda perlu mencari nilai komersial, maka anda mesti mewujudkan nilai dalam perniagaan, industri dengan urus niaga,” katanya pada forum khas Sepetang Bersama ‘Bintang Bintang’ UKM, yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar, di sini hari ini.

 Menurut beliau, penyelidikan dan pembangunan inovasi perlu dilakukan sebelum hasil di keluarkan dan dipasarkan.

 Beliau menganggap negara-negara yang giat berinovasi sehingga   pengkomersialan sebagai lebih berjaya daripada negara-negara yang hanya mengeluarkan barangan berasaskan idea-idea orang lain.

Dr Ahmed Tasir, yang merupakan Pengerusi The Strand Aerospace Malaysia, berpendapat terlalu banyak penekanan diberi kepada aktiviti pertengahan dan hiliran dan tidak cukup di peringkat awal.

Beliau juga ahli lembaga Inno Bio Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat induk bioteknologi di bawah Kementerian Kewangan dan MARA Aerospace and  Technologies Sdn Bhd.ukmnewsportal-bm

5

6