Cara Baru Hasilkan Sel Fotovoltaic

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Ikhwan Hashim

BANGI, 15 Mac 2016 – Proses baru dalam pembuatan Sel Fotovoltaic (PV) bagi industri Tenaga Solar boleh dijadikan industri desa untuk membantu  masyarakat luar bandar, kata Prof Dato Dr Kamaruzzaman Sopian, Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria ( SERI) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Idea untuk mewujudkan industri kecil yang dikendalikan oleh golongan miskin luar bandar tercetus daripada pendapat Tokoh Anugerah Nobel Bermastautin  UKM Prof Muhammad Yunus.

Prof Kamaruzzaman berkata kaedah baru untuk menghasilkan sel PV  menjimatkan kos sehingga 30%, mudah dan selamat berbanding cara sedia ada.

“Proses yang lebih baru tidak menggunakan kompaun Xylene Nitride, yang toksik kepada pekerja semasa proses fabrikasi,” katanya dalam ceramah mengenai Kecekapan Pengurusan Lestari, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama fabrikasi sel solar boleh dipendekkan dan mudah untuk dikendalikan oleh masyarakat luar bandar.

“Walaubagaimanapun, syarikat-syarikat baharu yang bersedia untuk melabur dalam perusahaan itu, masih sedang dikenalpasti,” katanya.ukmnewsportal-bm
2