Catatan Hubungan Malaysia-Mexico Diabadikan Dalam Bentuk Buku Khas

Malaysia-Mexico Book Launch Reaffirms Close Bilateral TiesOleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 13 April 2015 – Catatan bersejarah hubungan dua hala antara Malaysia dan Mexico yang terjalin sejak 40 tahun lalu dirakamkan dalam bentuk buku khas bagi rujukan para mahasiswa kedua-dua negara.

Buku bertajuk Mexico & Malaysia:  Meraikan 40 Tahun Persahabatan ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan dilancarkan oleh Setiausaha Kementerian Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria di sini hari ini.

Majlis menandatangani buku khas ini rasmikan oleh Dr. Rebecca  dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona sambil disaksikan oleh Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali.

Dalam ucapan beliau Prof Noor Azlan berkata hubungan antara Mexico dan Malaysia mempunyai masa depan yang cerah.

“Pencapaian cita-cita, wawasan dan matlamat kami sama, yang memberi peluang kepada kita untuk memperkukuhkan hubungan kita pada abad ke-21, berikutan kepimpinan dan potensi kedua-dua negara di rantau masing-masing,” ujar beliau.

Sehubungan itu, UKM melalui Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) dan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) akan terus memupuk hubungan dua hala dengan  universiti Mexico.

Pembangunan program seperti Malaysia-Mexico Exchange (MPMEX) dan Seminar Antarabangsa / Bengkel Amerika Latin dan Asia (LASA) akan ditingkatkan lagi, janji naib canselor.

Ketika melancarkan buku, Dr Rebecca melahirkan harapan yang perdagangan dua hala dapat ditingkatkan lagi.

“Perdagangan antara Malaysia dan Mexico yang kini bernilai US$ 1.2 bilion (RM 4 bilion) sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan negara lain. Adalah satu tambah nilai jika hubungan perdagangan kita dan Mexico dapat dikuatkan kerana kedua-dua pihak ada potensi. Banyak lagi sektor yang kita masih belum terokai.

“Kedua-dua negara kita terletak pada pertengahan rantau masing-masing. Masih banyak lagi yang kami boleh lakukan, memandangkan Mexico menjalin banyak perjanjian perdagangan bebas dengan negara lain,” tambah Dr Rebecca.

Corona pula, dalam ucapannya melahirkan keyakinan yang perdagangan dua hala akan meningkat lagi kerana aliran perhubungan negaranya lebih menjurus ke arah Asia Tenggara.

Menurut beliau hubungan antara rakyat Mexico dan rakyat Malaysia atau people-to-people connection telah meningkatkan persefahaman.

Namun demikian, kata Corona, masih banyak lagi yang boleh diperbaiki dan dihalusi.

Majlis diteruskan dengan tayangan visual penerbitan buku Mexico & Malaysia:  Meraikan 40 Tahun Persahabatan.