FSK Bantu Tingkatkan Kesedaran Awam Tentang Kanser

Oleh Asmahanim Amir

KUALA LUMPUR, 21 Feb 2017 – Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bekerjasama dengan KPJ Healthcare dan CancerCare untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser yang menjadi sebahagian usaha nasional mengurangkan penyakit tersebut.

Kerjasama itu adalah usaha serius setiap organisasi untuk mendidik dan memberitahu rakyat Malaysia bahawa masih ada jalan untuk menangani penyakit kanser.

FSK UKM dipilih menyertai program National Cancer Care and Awareness Campaign (NCCA) kerana fakulti berkenaan berada sejajar dengan matlamat dan misi universiti untuk berkhidmat kepada komuniti khususnya golongan kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik.

Matlamat itu disokong dengan penubuhan Pusat Pendidikan Kanser, Kesihatan dan Promosi Kesihatan (Penjagaan Kanser UKM) di FSK.

Anggaran yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa kira-kira 100,000 rakyat Malaysia mengalami kanser setiap tahun yang boleh diiterjemahkan dengan salah satu dari empat warganegara menghadapi ancaman penyakit.

Tidak semua harapan pesakit akan hilang, kerana hari ini terdapat lebih banyak alternatif untuk pesakit kanser dan keluarga mereka, yang disediakan oleh sektor awam dan sektor swasta.

Program NCCA telah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Azman Abu Bakar di Hospital Pakar KPJ Damansara, baru-baru ini.