FSSK Terserlah Pada Karnival K-Novasi Tahun 2016

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman dan Shahiddan Saidi

BANGI, 23 Feb 2016 – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) muncul juara Pertandingan Bicara Tuntas Amalan Terbaik Pembelajaran dan Pengajaran   Karnival Inovasi (K-Novasi)  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2016.

Pasukan FSSK yang terdiri daripada Prof Madya Dr Tengku Norizan Tengku Mohd Ma’asum, Dr Wan Idros Wan Sulaiman dan Dr Zubir Idris  bersaing dengan 11 kumpulan lain bagi merangkul piala pusingan keseluruhan dan piala replika.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan hal Ehwal antarabangsa) Prof Dr Riza Atiq Abdullah OK Rahmat, pada acara penutup karnival tersebut pada 18 Feb.

Pertandingan juga dibahagikan kepada tiga kategori, dan Pusat Permata Pintar memenangi tempat pertama bagi kategori Kaedah dan Bahan Bantu Mengajar, manakala FSSK pada tempat kedua.

Tiada pemenang diumumkan untuk kategori-kategori Pentaksiran dan Penilaian, dan Penyeliaan, Latihan Industri dan Praktikum.ukmnewsportal-bm
02

03