Gesaan Supaya Adakan Lebih Penyelidikan Kesan Teknologi Terhadap Masyarakat

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto: Ikhwan Hashim

BANGI, 20 Okt 2015 – Lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan mengenai kesan teknologi terhadap pembangunan masyarakat.

Masih belum ada keseimbangan antara pembangunan sains dan keperluan sosial, kata Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mazlin Mokhtar.

Kerjasama antara ahli sains dan para pakar sosiologi adalah sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu yang dijadualkan untuk tahun 2015-2013, katanya ketika merasmikan Hari Penyelidikan@ FTSM 2015, sempena ulang tahun ke-21 Fakulti Sains Teknologi Maklumat, di sini hari ini.

“Kita perlu keseimbangan antara Sains dan Teknologi dan Sains Sosial.  Perubahan pemikiran adalah sangat penting, lebih penting daripada teknologi.

“Kami akan membawa penyelidik masuk ke-tahap seterusnya,  melalui Program motivasi dan program mentor/mentee,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa penyelidik Malaysia menghadapi  BANYAK cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh SDG, walaupun mencapai semua sasaran bagi Matlamat Pembangunan Alaf (MDG) 2000-2015.

“Matlamat Pembangunan Lestari mengandungi cadangan yang mengandungi 17 matlamat dengan 169 sasaran yang meliputi pelbagai isu-isu pembangunan lestari. Ini termasuk membasmi kemiskinan dan kelaparan, meningkatkan kesihatan dan pendidikan, menjadikan bandar lebih lestari, memerangi perubahan iklim, dan melindungi lautan dan hutan.

“Oleh itu, kita membentuk 17 kumpulan bagi Malaysia untuk mencapai semua 169 sasaran menjelang tahun 2030,” jelasnya.

Beliau berkata salah satu matlamat yang paling mencabar adalah untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.

Timbalan Naib Canselor memberitahu salah satu kesan yang paling serius perubahan iklim di Semenanjung Malaysia, adalah di Batu Pahat di mana air laut semakin meningkat memasuki perkampungan nelayan.

“Tahap laut naik ke paras tangga rumah nelayan. Di sini kita perlu bantuan sains dan teknologi bagi menyelesaikan masalah untuk meyakinkan pembuat keputusan.

“Kita memerlukan kepakaran anda untuk membantu membuat keputusan,” ujar beliau.

Beliau memuji Prof Dato’ Dr Sharifah Mastura Syed Abdullah, Pengarah Institut Perubahan Iklim  UKM kerana usaha pasukannya menyelidik  perubahan iklim dan kesannya kepada masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa Prof Sharifah Mastura menggunakan kepakaran ahli sosiologi, antropologi dan ahli ekonomi untuk penyelidikan mengenai impak terhadap manusia selain daripada pakar-pakar yang buat kajian mengenai bagaimana untuk melindungi alam sekitar.

Turut mengambil bahagian pada persidangan Hari Penyelidikan@ FTSM 2015 adalah 28 rakan usaha sama, di antara mereka dari Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan Institut Metrologi Malaysia, yang berkhidmat dengan ahli-ahli sains.ukmnewsportal-bm
2

3

4

6

5