Gesaan Supaya Pakar Sains Sosial Bantu Capai Keterlibatan Sosial

1
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Pix Ikhwan Hashim

BANGI, 24 Mac 2016 – Saintis Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan institusi lain perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam menggalakkan Keterlibatan Sosial, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Rohani berkata palar-palar antropologi dan sosiologi perlu mendapatkan pandangan kumpulan yang dianggap tersisih dalam menetapkan agenda, sebelum mencari penyelesaian yang berkesan dan inovatif.

“Bagi dasar yang menggalakkan penyertaan sosial untuk menjadi responsif kepada cabaran sosial dan ekonomi sebenar, ia mesti berdasarkan proses penglibatan peserta dan inklusif dalam bidang pengetahuan sains sosial,” katanya dalam ucaptama pada Dialog Nasional Meningkatkan Keterlibatan Sosial dalam Dasar Awam di Malaysia, di sini hari ini.

Bercakap pada dialog itu yang dianjurkan bersama oleh UKM, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) dan University of Dublin, beliau menekankan kepentingan penyelidik bekerjasama dengan pihak yang berminat untuk membantu rakyat di samping mengesahkan dasar-dasar awam di Malaysia.

Menteri itu menegaskan bahawa kerjasama mesti mencerminkan pertimbangan antropologi, geografi, politik dan sosiologi bagi pelbagai kawasan di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa dasar yang mempromosikan penyertaan sosial dalam satu suasana tidak mungkin berkesan untuk menangani masalah yang dialami di kawasan lain.

Dialog itu adalah susulan daripada Kumpulan Kerja Kebangsaan tahun lepas yang  mana penggubal dasar dan para penyelidik bersama-sama membincangkan jenis penyelidikan yang perlu dilakukan.

Turut hadir pada dialog tersebut Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.ukmnewsportal-bm
2

3

4