Harapan Pemimpin Kesatuan Sekerja Sempena Hari Pekerja

labourday
Oleh Vinoothene Chandrasekaran
Foto Izwan Azman dan Mohd Noor Ramly

BANGI, 1 Mei 2016 – Kakitangan Am di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menjalankan tugas-tugas mereka sebaik mungkin, kata Presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM (KESUKMA) Abdul Rahman Hj Mohd Nordin.

Walaupun mereka mempunyai hak-hak mereka sebagai pekerja, Abdul Rahman mengakui bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada pihak pengurusan.

“Saya mengharapkan supaya penjawat awam terutamanya pekerja UKM menjalakan kerja dengan produktif bagi menjayakan kerajaan ke arah pembangunan negara yang maju,” katanya dalam satu temu bual dengan Portal Berita UKM sempena Hari Pekerja hari ini.

Pada masa yang sama, beliau berjanji untuk melaksanaakan tanggungjawab sebagai kakitangan UKM dan melindungi hak-hak pekerja, sama ada di universiti atau di sektor awam yang lain.

Abdul Rahman, yang juga Timbalan Setiausaha Agung II Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPACS), berkata ramai penjawat am bergantung kepada beliau untuk mengemukakan kepentingan mereka.

Beliau menjelaskan bahawa dalam usaha untuk memperjuangkan hak-hak mereka, tidak ada orang lain yang berani kerana mereka takut dipecat.

“Sekarang, masalah seperti kenaikan pangkat telah diselesaikan,” katanya.

Beliau menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab memastikan layanan adil untuk pekerja, terutama mengenai merangka dasar elaun pekerja, gaji dan skim perkhidmatan.

Berkhidmat untuk UKM selama 20 tahun sebagai Penolong Jurutera Mekanikal bawah Jabatan Pengurusan dan Pembangunan, beliau percaya bijak menguruskan masa adalah kunci menjadi pemimpin kesatuan sekerja yang baik.

Rahman selang bertugas pada malam dan siang menjaga logi penyejuk , manakala pada waktu petang lebih tertumpu kepada hal-ehwal KESUKMA dan CUEPACS.