Industri PKS Sumber Pertumbuhan Ekonomi Negara


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 21 April 2021 –  Peranan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah sumber kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kata Datuk (Dr.) Hafsah Hashim.

Beliau yang merupakan SME Advisor Bank Islam dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia di SME Corporation Malaysia (SME Corp) selama hampir 14 tahun berkata kuasa kecil itu (PKS) adalah kuasa besar baharu dalam pertumbuhan ekonomi.

“Pembuat dasar selalu terlupa bahawa kuasa kecil itu sebenarnya besar. Ada tiga perkara kenapa saya kata small is the new big.

“Pertama, kalau kita lihat negara mana pun di dunia ini, 98 peratus (%) hingga 99% jumlah syarikat-syarikat mereka adalah perusahaan kecil dan sederhana.

“Kedua, jika kita lihat dari konteks kuasa ini, 67% daripada jumlah peluang pekerjaan diwujudkan oleh PKS dan yang ketiga adalah syarikat kecil ini bila kita satukan, mereka akan menjadi sebagai satu kuasa besar dalam konteks sumbangan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara,” katanya pada UKM-GSB National Forum; “National Transformation Agenda: Malaysia Future Ready?”, di sini baru-baru ini.

Datuk (Dr.) Hafsah berkata jika virus COVID-19 tidak melanda dunia, Malaysia mensasarkan pada tahun 2020 akan mencapai 40% daripada sumbangan KDNK negara iaitu kira-kira 600 billion.

“Sebab itu saya katakan tadi, saya minta pembuat dasar pastikan jangan terlepas pandang berkenaan perkara ini (PKS),” katanya.

Kata beliau, dalam konteks peluang, pada umumnya rakyat Malaysia kadang-kadang tidak pandang tinggi terhadap barangan dan produk buatan tempatan.

They (PKS) have to prove themselves outside, mereka kena dapatkan pengiktirafan di luar negara, baru diterima di Malaysia. But yet, kita punya PKS yang 20% ini boleh ke luar negara, boleh create a brand dan diterima pakai.

“Jadi, saya minta supaya pembuat dasar dan Kementerian Kewangan memberi peluang kepada syarikat domestik kerana syarikat-syarikat ini bukan calang-calang. Mereka pun dah ada piawaian… kita nak merancakkan dan meningkatkan lagi pelaburan dalaman (domestic investment),” katanya.

Katanya, Malaysia perlu memberi pengiktirafan kepada produk-produk keluaran tempatan, baru boleh mencipta kuasa ekonimi.

“Bagi saya sama ada kita future ready atau tidak, bagi syarikat-syarikat Malaysia ini, its always in 20% to 30% principle. Bermaksud bahawa apabila kita nak menganjak mereka kepada pengantarabangsaan, kita kena perasankan bahawa demography of the population of the companies di Malaysia ini, yang 20% itulah yang saya katakan future ready.

“Yang lagi 80% itu pada kebiasaannya, mereka masih lagi mahu bersaing, masih lagi perlu diperbetulkan, masih lagi perlu dianjakkan lagi konteks seperti pembungkusan produk, piawaian dan sebagainya,” jelasnya.

Datuk (Dr.) Hafsah berkata 20% disebut future ready enterprises itu selalunya mempunyai tiga DNA iaitu pertama adalah kesedaran – mereka tahu apa perubahan yang berlaku dipersekitaran atau dipasaran.

“Kedua adalah predictive – mereka tahu nak buat unjuran syarikat untuk tempoh 6 bulan, 12 bulan dan sebagainya. Manakala ketiga yang saya perhatikan adalah adaptive – iaitu mereka tahu macam mana nak ubah suai.

“Yang kita lihat sekarang yang ubah suai dalam norma baharu adalah datangnya dari 20% ini, dan norma baharu ini sebenarnya telah merancakkan dan mempercepatkan lagi pengitilan di banyak syarikat di Malaysia.

“Saya percaya bahawa kalau kita pergi ke arah begitu (pendigitilan), sama ada mereka ini adalah syarikat future ready Malaysia, mereka kena mengadaptasikan, mereka kena buat unjuran syarikat dan mereka kena tahu persekitaran di mana kita berada supaya mereka boleh cepat lagi dapat menangkap peluang-peluang yang ada sama ada peluang di peringkat antarabangsa atau dalam negara,” tegasnya.

Forum yang dipengerusikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar itu telah membariskan lima lagi ahli panel iaitu Prof. Jomo Kwame Sundaram, Datuk Sutinah Sulan, Prof. Dr. Zalina Hashim, Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul dan Faeez Fadhilat.