Jubah Halimunan Di UKM?

01
Laporan dan foto oleh Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 26 Feb 2016 – Para penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencipta apa yang mereka anggap sebagai ‘Jubah Halimunan’ kecil, seperti yang kelihatan dalam filem Harry Potter.

Salah seorang anggota  pasukan penyelidikan tersebut Dr. Mohammad Rashed Iqbal Faruque, berkata mereka menggunakan bahan-bahan kejuruteraan yang dicipta khas yang  tidak dijumpai dalam alam, untuk membuat kiub kecil sebesar kotak mancis dengan dua segi bertentangan terbuka, yang mana dalam keadaan cahaya tertentu, boleh menyebabkan ia tidak kelihatan.

Dr. Faruque memberitahu Portal Berita UKM bahawa kiub kecil (jubah) diperbuat daripada bahan meta, iaitu longgokan pelbagai elemen yang diperbuat daripada  bahan komposit seperti logam atau plastik, yang biasanya disusun dalam corak berulang dalam skala yang lebih kecil daripada jarak gelombang cahaya

Dr. Faruque, dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, menjelaskan bahawa bahan meta mempunyai potensi dijadikan ‘kanta super’, sesuatu yang membenarkan imej kelihatan kurang daripada resolusi minimum jarak gelombang cahaya.

Menurut beliau akibatnya  kanta-kanta super yang terdapat pada kiub tersebut memaparkan kiub dan objek yang tersembunyi di dalamnya seolah-olah  halimunan.

Katanya, beliau dan pasukannya mencapai indeks biasan (NZRI) hampir sifar,  yang bermaksud pada sudut tertentu kiub tidak dapat dilihat.

Biasanya cahaya melantun daripada sudut dan keluk objek dan ia boleh dilihat.

Walau bagaimanapun, kanta super diperbuat daripada pelbagai saiz boleh mengatasi arus cahaya itu, menjadikannya kelihatan seperti cahaya itu datang dari permukaan yang rata.

Para penyelidik berkata, oleh sebab objek berkenaan adalah kecil, masih banyak lagi kajian diperlukan untuk mencapai tahap orang boleh menjadi halimunan.ukmnewsportal-bm
02