Jururawat UKM Digesa Jadi Lebih Inovatif

2
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto: Rosli Nasir,  Jurufoto HCTM

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2016 – Kakitangan kejururawatan, sebagai pegawai perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),  perlu bersedia membuat perubahan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, kata Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Beliau melontar cabaran kepada para jururawat di Hospital Canselor Tuanku  Muhriz (HCTM) untuk menjadi lebih inovatif dan memberi tambah nilai.

Beliau berkata mereka perlu menawarkan idea-idea baru dan bukan hanya mengikuti kelaziman.

“Kami mempunyai rancangan besar untuk anda, oleh sebab kita mahu membina sebuah Technopolis Kesihatan, yang terkhusus dalam bidang perubatan dan kesihatan,” katanya kepada kakitangan kejururawatan di perayaan Hari Jururawat Sedunia 2016peringkat HCTM, di sini semalam.

Naib Canselor menyifatkan  jururawat sebagai satu kuasa untuk perubahan dalam meningkatkan daya tahan sistem kesihatan negara ini.

Pada masa yang sama beliau mengakui bahawa kakitangan kejururawatan di HCTM dan kemudahan perubatan lain UKM adalah antara yang terbaik di negara ini.

Beliau menganggap mereka sebagai professional dan mereka berada di barisan hadapan yang penting dalam perkhidmatan.

“Prestasi anda, senyuman anda, cara anda menjawab soalan-soalan, setiap perkara orang akan berkata, ini adalah jururawat UKM,”

Beliau menegaskan bahawa kepentingan profesyen kejururawatan dibuktikan apabila Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk menaik taraf semua kelayakan jururawat kepada sarjana muda dari peringkat diploma pada tahun depan.

Beliau berkata walaupun UKM telah kian lama menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejururawatan di Fakulti Perubatan, hospital kerajaan yang lain di mana majoriti memegang diploma akan menyusul untuk menaik taraf keupayaan jururawat dalam perkhidmatan awam.

“Kami mempunyai kemudahan yang cukup, termasuk tenaga pengajar, untuk menawarkan pengajian ijazah seperti yang institusi pendidikan swasta,” katanya.

Hari Jururawat Antarabangsa disambut di seluruh dunia setiap 12 Mei pada hari  ulang tahun kelahiran Florence Nightingale.

Turut hadir Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Prof Datuk Dr Zainul Rashid Mohamad Razi dan Prof Dr Ima Nirwana Soelaiman (Penyelidikan dan Inovasi),  serta Ketua Jabatan Kejururawatan Dr Zainah Mohamed.

Sebelum itu, sempena Hari Jururawat dan Hari Ibu, Pusat Khidmat Masyarakat di Bandar Tun Razak telah menganjurkan satu program khidmat masyarakat yang diuruskan oleh HCTM.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, menyampaikan sumbangan kepada penduduk semasa lawatan beliau ke pusat komuniti tersebut.ukmnewsportal-bm
3