Kajian India Malaysia Jadi Sumbangan Untuk Rancangan Malaysia ke-11

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Abd Raai Osman

BANGI, 18 Jan 2016 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Pemulihan Sosial (YPS) telah menerbit buku yang mendokumenkan sejarah, sumbangan, isu-isu, cabaran dan prospek masyarakat minoriti di Malaysia, terutamanya taraf bawah 40%.

Bertajuk Contemporary Malaysian Indians: History, Issues, Challenges and Prospects, buku ini menggambarkan kaum India semasa di Malaysia yang kupas dalam bentuk 29 kertas kerja yang dibentangkan di tiga bengkel pada tahun 2014 di UKM.

Buku dengan sebanyak 29 bab ditaja oleh Institut Kajian Etnik (KITA) di UKM dan YPS, yang mana Pengerusinya, Datuk Seri Utama S. Samy Vellu turut hadir pada pelancaran bersama di sini, yang kebetulan jatuh pada Hari Perayaan Ponggal pada 15 Januari.

Felo Utama KITA Datuk Dr Denison Jayasooria dan Prof Dr KS Nathan bersama menyunting kajian ini yang menyelidik isu-isu utama yang melibatkan etnik India  Malaysia.

Dr Denison, yang juga seorang aktivis sosial, berkata buku ini mewakili aspirasi para penulis yang ingin mendokumentasikan nasib minoriti etnik India di negara ini, terutama mereka yang masih dilanda kemiskinan.

“Ini adalah sebahagian daripada proses di mana kita mahu menyelidik, jadi kami adakan siri bengkel pada tahun 2014, membincangkan semua isu-isu utama dan kebimbangan mengenai kaum India. Jadi pada bengkel, di mana kami telah mengenal pasti 40 penulis yang berbeza. Ada orang dari kerajaan, dan juga aktivis masyarakat, para akademik, untuk mengkaji isu-isu ekonomi dan kontemporari, sosio-ekonomi, pendidikan, sejarah – semuanya isu-isu semasa.

“Salah satu sebab utama untuk ini (buku), adalah kerana kita sudah mempunyai beberapa kajian, tetapi tiada ada yang sebesar ini, hampir 650 muka surat. Ia hampir seperti mengambil kira semua yang telah dilakukan. Ini sesuai dengan dimasukkan ke Rancangan Malaysia ke-11, dan juga untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” Dr Denison memberitahu Portal Berita UKM.

Samy Vellu, dalam ucapan ringkas beliau pada majlis itu, berkata YPS pernah menganjurkan tiga projek sebelum ini.

“Kami mengkaji kesan Rancangan Malaysia ke-10 pada kaum India, menganjurkan simposium pada tahun 2015 di mana dua laporan telah diterbitkan sebagai input kepada Rancangan Malaysia ke-11, dan satu siri bengkel akademik sebagai persediaan untuk buku ini.

“Saya telah melakukan 195 rayuan sebagai menteri kepada semua Perdana Menteri yang saya telah berkhidmat, dan kesemua mereka bersetuju bahawa negara ini adalah untuk semua.

“Setiap tahun kita (YPS) membelanjakan kira-kira RM55 juta (dalam pelbagai projek). Untuk ini, kami mempelawa  UKM untuk menjadi rakan penyelidik,” kata beliau.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah dan Pengarah KITA  Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Buku ini ditawarkan dengan potongan harga RM100 senaskhah hanya pada majlis pelancaran sahaja, tetapi harga biasa ialah RM139.ukmnewsportal-bm
02

03