Kek Istimewa sempena Hari Keputraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus


Tulisan dan foto oleh: Abd Raai Osman

SERI MENANTI, 31 Januari 2017 – UKM telah mempersembahkan sebuah kek hasil gubahan Cik Anne Idris, pemilik My Mum’s Bakery, kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena hari keputeraan baginda ke – 69.

Kek tersebut telah dipersembahkan oleh Naib Canselor Prof. Dato’ Seri Nor Azlan Ghazali dalam istiadat di Istana Seri Menanti, baru-baru ini.

Kek berkonsepkan gubahan tradisional tersebut telah dipersembahkan bersama gesekan biola dan bacaan sajak, khas buat Tuanku Muhriz, yang juga adalah Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kek digubah sebanyak lima tingkat dengan hiasan 1800 renda emas dan 16 ribu biji kristal Swarovski.

Selain itu, kek dihiasi dengan sebuah replika gong UKM, yang bertatahkan sejumlah 7,000 biji Kristal Swarovski.