Kekurangan Diri Tidak Menghalang Graduan OKU Cemerlang

dsc_5005-custom

Oleh Tengku Sharina dan Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

Kekurangan diri yang dialami oleh Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi, 23, tidak menghalangnya meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran walaupun terpaksa berjalan perlahan disebabkan oleh penyakit yang dialaminya sejak lahir.

Beliau yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sejarah telah memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif 3.35.

Beliau berkata kelemahan fizikal tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terus berjaya dalam pendidikan.

“Walaupun kadang-kadang saya perlu menggunakan kerusi roda, tetapi itu bukan halangan untuk saya tidak ke kelas.

“Ibu bapa saya adalah inspirasi kepada kejayaan saya kerana mereka sentiasa menyediakan kemudahan yang saya perlukan,” katanya.

Beliau berkata pensyarah dan rakan-rakan juga banyak membantu sepanjang pengajiannya di UKM.

“Mereka memahami keadaan saya dan sentiasa menyokong dan memberi bantuan sama ada di kuliah atau di kolej,” katanya.

Jika diberi peluang, beliau bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Politik dan Antarabangsa.

7d3a5423-custom