Konsep Nusantara sebagai Dasar Maritim Malaysia

1
Oleh: Nastura Nasir
Pix: Abd Raai Osman

BANGI, 9 Disember 2016 – Konsep Nusantara sesuai digunakan bagi menggubal sebuah dasar maritim Malaysia.

Demikian menurut Prof. Emeritus Hans-Dieter Evers pemegang kursi Profesor Unggul Pok Rafeah bagi Pengajian Antarabangsa di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

Dasar yang berasaskan wilayah geografi ini boleh wujud secara bersaing dan seiring dengan dasar ‘Poros Maritim’ Indonesia dan dasar ‘Laluan Sutera  Maritim’ China.

Dalam syarahannya bertajuk Nusantara: Malaysia dan Geopolitik Laut China Selatan, beliau yang juga merupakan Felo Kanan di Pusat Penyelidikan Pembangunan di Universiti of Bonn, menjelaskan bahawa konsep Nusantara telah digunakan dalam pelbagai cara dalam sejarah moden antaranya sebagai sebahagian agenda politik atau bahkan juga dalam ekonomi.

Prof. Evers turut mencadangkan penggunaan “hakmilik strata maritim” untuk dijadikan salah satu pilihan sewaktu perundingan mengenai tuntutan konflik di kawasan perairan Laut China selatan.

Hakmilik Strata Maritim (MST) akan memberi tuntutan kepada bahagian yang berlainan di laut: penerokaan minyak, gas dan mineral di dasar laut, penuaian rumput laut pada ketinggian berbeza, memancing laut dalam, memukat serta laluan laut.

Ulas beliau, pegangan Kerajaan China pada Laut China Selatan adalah didorong oleh konsep ruang, di mana keseluruhan lautan tersebut dianggap sebagai perairan China, dengan mengenepikan tuntutan hak kawasan dari negara-negara ASEAN yang lain.

Justeru, “model Nusantara” dalam perkongsian sumber, tuntutan hak kawasan yang berbeza berdasarkan kepelbagaian sumber dilihat sebagai satu penyelesaian yang praktikal, yang juga mungkin boleh diterima oleh kerajaan China yang telah menjalankan perundingan bersama kerajaan negara-negara ASEAN yang terbabit.

Mengakhiri ceramah, Prof Hans meletakkan harapan agar institusi penyelidikan di Malaysia dan negara ASEAN lain bersama-sama untuk merangka agenda penyelidikan yang komprehensif di Laut China Selatan.

Turut hadir pada syarahan tersebut adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UKM Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Saad, Penyandang Kerusi ke-4 Pok Rafeah Prof. Dr. Anthony Milner dan Pengarah IKMAS Prof. Dr. Rashila Ramliukmnewsportal-bm
2