KPZ Johan Debat Piala NC 2016

1
Oleh: Syamimi Syahira Saripan

BANGI, 31 Oktober 2016 – Tuah  menyebelahi pasukan Kolej Pendeta Za’aba kali ini apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan Debat Piala Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia 2016 yang diadakan di Dewan Fakulti Sains dan Teknologi.

Salah seorang pesertanya, Siti Ummul Haziqah Husain, yang juga merangkul anugerah pendebat terbaik, sekaligus menewaskan lawan daripada Kolej Aminuddin Baki dalam katogeri Bahasa Melayu.

“Saya berasa sangat bangga dan gembira atas kemenangan ini lebih-lebih lagi apabila pendebat yang mewakili Kolej Pendeta Za’ba bukanlah dalam kalangan yang mempunyai asas debat dan semuanya bermula daripada kosong,” kata Mohd Shuhairil Ziqrul, jurulatih pasukan debat Kolej Pendeta Za’ba.

Selain itu, Unit Pengucapan Umum UKM selaku penganjur pertandingan ini mengatakan bahawa pada tahun ini mereka membawakan sedikit kelainan apabila kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di jalankan secara serentak.

Johan Kategori Bahasa Inggeris, yang telah berlansung di Auditorium Fakulti Undang-undang, disandang oleh pasukan daripada Kolej Ungku Omar sekaligus mengangkat Makoto Nazawa sebagai pembahas terbaik wakil daripada kolej itu yang menewaskan pasukan daripada Kolej Keris Mas.

Johan pertandingan Debat Piala Naib Canselor membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM500 dan sijil pernyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Univesiti Kebangsaan Malaysia.ukmnewsportal-bm
2

3

4