Lebih Banyak Peluang Untuk UKM Pakarunding, Kata NC

More Opportunities For UKM Pakarunding, Says VCOleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman

BANGI, 18 Mei 2015 – UKM Pakarunding Sdn Bhd, cabang khidmat perundingan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memasarkan kepakaran ahli akademik dan penyelidik UKM, telah mendapat sambutan sungguh menggalakkan di kalangan industri di kawasan Bangi untuk perkhidmatannya.

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata Pakarunding menerima lebih banyak pertanyaan dan permintaan untuk perkhidmatannya baru-baru ini berdasarkan sambutan terhadap Majlis Appresiasi Klien  pada 11 Mei lalu.

Ketika bercakap dalam satu temu bual dengan Portal Berita UKM selepas majlis makan tengah hari dengan pelanggan, Prof Noor Azlan berkata terdapat peluang untuk dua ribu ahli akademik UKM menjadi pakar perunding kepada industri tempatan.

“Ahli akademik patut anggap kerja runding cara sebagai lanujutan daripada sumber pendapatan. Ia merupakan satu ujian kecemerlangan akademik. Ini adalah sebahagian daripada menjadi pusat kecemerlangan.

“Kami kini main peranan penting dalam sistem penyampaian industri. Kami adalah rakan rapat kepada pelanggan,” jelas beliau.

Beliau berkata reputasi Pakarunding telah berkembang, umpamanya  pelaksanaan berjaya pemarkahan elektronik dan sistem pengundian bagi Tilawah Al-Quran Kebangsaan dan Antarabangsa tahun 2013.

Prof Noor Azlan juga menegaskan bahawa Pakarunding adalah entiti yang pertama di luar kerajaan yang menjalankan satu Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Tambahnya, kejayaan kajian EIA telah membuktikan kebolehan UKM sebagai penyedia penyelesaian.

Pengerusi Pakarunding Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki Mustafa bersetuju bahawa kejayaannya berkait rapat dengan bakat tetapi menambah bahawa UKM juga harus menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

“Hubungan dan rangkaian adalah elemen penting. Kita tidak boleh lagi melakukan ini bersendirian. Kita mesti mengekalkan rangkaian strategik,”  kata Prof Marzuki.

Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Naib Canselor menyifatkan tugas Pakarunding sebagai penjalin hubungan yang lebih erat dengan rakan kongsi yang berwibawa dan pihak yang berkepentingan.

Beliau berkata ini adalah sebahagian daripada usaha untuk UKM mencapai  kewangan yang berkekalan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Industri Bangi yang menunjuk kepercayaan kepada UKM.

“Saya melihat mereka lebih daripada sekadar pelanggan. Mereka adalah rakan kongsi strategik kami,” katanya.

Tambahnya Pakarunding bersedia menjadi rakan kongsi untuk projek-projek lain.

Ditubuhkan pada tahun 1979, Pakarunding sebelum ini dikenali sebagai Biro Rundingan dan Inovasi. Syarikat ini disusun semula sebagai sebuah entiti korporat pada bulan Oktober 2001 dan mula beroperasi pada bulan Januari 2002. Ia menyediakan perkhidmatan Sains dan Alam Sekitar, Pembangunan Sosial dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Sejak ditubuhkan sebagai sebuah entiti korporat, Pakarunding telah menyediakan kepakaran ahli akademik UKM serta  mengelola tugas perunding cara mereka.