Mahasiswa Ditawar Kerja Sambilan Melalui Projek Berdikari

Untitled-1
Oleh Asmahanim Amir dan Engku Shariful Azni
Pix Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

BANGI, 2 Mac 2016 –Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melancarkan Projek Berdikari yang akan memberi peluang pekerjaan secara sambilan kepada mahasiswa.

Program yang baru dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh itu merupakan platform dalam memberi pengalaman pekerjaan yang flaksibel kepada mahasiswa berdasarkan bidang masing-masing.

Idris berkata projek itu bukan sahaja menyenaraikan pekerjaan untuk para pelajar, malah ia turut menyenaraikan biasiswa dan pertandingan ‘pembelajaran di luar kelas’.

“Selain dari mendapat pendapatan sampingan, mereka juga boleh mendapat pengalaman bekerja melalui program ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Pemimpin Mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), di sini pada 29 Feb.

Beliau berharap projek tersebut dapat membantu mahasiswa menangani peningkatan kos sara hidup selain melatih mereka menjadi lebih berdisiplin dan berdikari.

Projek yang diatirkan oleh Malaysian Youth Community (MYC) akan memberi peluang kepada majikan dan pelajar untuk menilai prestasi kerja dan tanggungjawab sesama sendiri.

Pekerjaan yang ditawarkan kepada mahasiswa adalah secara separuh masa dan sementara bermula dari tiga jam, tiga bulan ke setahun.

Idris juga menyerahkan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pemimpin mahasiswa bagi mewakili universiti masing-masing.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Ir Dr Zaini Ujang dan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.ukmnewsportal-bm