Majikan Mahu Pekerja Berkemahiran Insaniah

1
Oleh Engku Shariful Azni
Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 4 Mac 2016 – Syarikat-syarikat gergasi antarabangsa mahu kakitangan yang produktif dengan nilai-nilai moral yang tinggi, kata Michaela Dinboeck, Presiden dan Pengarah Urusan Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.

Selain berjaya dalam pengajian, pelajar juga perlu beretika, kata Dinboeck dalam syarahan beliau yang sebahagian daripada siri CEO Talk yang diadakan di Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dinboeck,  yang baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran Profesor Adjung oleh UKM, juga mencari para graduan daripada latar belakang yang berbeza seperti perakaunan, komunikasi korporat dan bidang lain untuk bekerja di Novartis walaupun ia adalah sebuah syarikat berasaskan perubatan.

“Kami tidak semestinya sentiasa melihat apa yang anda telah belajar. Itu  yang terakhir kerana kami terdahulu akan melihat apa yang anda lakukan.

“Tidak kira apa yang anda telah belajar, ia bergantung kepada siapa anda dan ke  mana anda menuju ,” katanya semasa sesi soal jawab.

Beliau menegaskan bahawa pelajar perlu sentiasa berusaha untuk mencari  pengalaman sama ada melalui latihan industri atau kerja sambilan untuk menggilap kemahiran insaniah mereka, terutama dalam kemahiran komunikasi.

Prof Dinboeck, yang memulakan kerjayanya dalam pemasaran, berkata, bidang pemasaran adalah satu titik permulaan yang baik untuk pelajar memperbaiki  kemahiran komunikasi mereka,  kerana perlu berurusan dengan ramai orang dan membuat keputusan, di samping mengatasi perasaan gemuruh.

Novartis Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd mengadakan beberapa program untuk pelajar universiti seperti Camp Bio Antarabangsa yang membawa pelajar tempatan ke ibu pejabat di Switzeland selama tiga hari untuk seminar pembinaan pasukan dan pendedahan kepada industri,  sambil belajar membuat persembahan yang baik.

Siri CEO Talk diadakan bagi syarikat itu membimbing pelajar mengenai laluan kerjaya yang mereka pilih selepas tamat pengajian.ukmnewsportal-bm
2

3