Negara memerlukan generasi muda berilmu dan bersemangat waja

1
Laporan dan Foto: Abd Raai Osman

BANGI, 25 September 2016 – Cabaran arus perdana memerlukan generasi muda yang benar-benar berilmu, berbudaya cemerlang, bertanggungjawab, berwawasan , berdisiplin dan mempunyai daya ketahanan  yang kental serta bersemangat waja dalam melaksanakan agenda Negara.

Demikian kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya di Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Kor SUKSIS Universiti Awam SeMalaysia yang telah diadakan di Universiti Putra Malaysia. Ucapan beliau telah dibaca oleh Timbalan Ketua Polis Negara Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau menegaskan, ciri-ciri yang dimaksudkan mampu untuk membantu negara dalam mewujudkan komuniti yang selamat, aman dan sejahtera serta terhindar dari semua bentuk ancaman yang boleh merosakan keharmonian kita bersama.

Majlis tersebut telah menyaksikan tiga orang Pegawai SUKSIS UKM menerima anugerah; Muhamad Azeem Ab Rahman sebagai Pelatih Keseluruhan Terbaik, Sabri Yenre sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar dan Nurul Fafhanah Rahim sebagai Pelatih Terbaik Latihan Akademik.

Seramai 927 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa dan Siswi  (SUKSIS) SeMalaysia telah menerima Sijil Tamat Latihan dengan 62 daripada SUKSIS UKM.

Naib Canselor UKM  yang juga Komandan SUKSIS UKM Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali turut hadir sama dimajlis tersebut.ukmnewsportal-bm
2

3