Pasukan Wanita Tebus Maruah UKM Pada Kejohanan Boling Tenpin IPT 2015

01
Oleh Asmahanim Amir
Foto SukIPT

BANGI, 22 Dis 2015 – Pasukan Boling wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul naib juara dalam dua kategori pada Kejohanan Boling Tenpin IPT 2015, dengan menduduki tempat kedua bagi acara berpasukan wanita dan Masters.

Walau bagaimanapun, pasukan lelaki UKM tidak mencapai apa-apa kedudukan bagi  mana-mana kategori pun.

Universiti Teknologi Mara (UiTM), pula, mengungguli Kejohanan tersebut apabila meraih Johan keseluruhan bagi pertandingan itu yang diadakan di Ampang Boling di sini bermula pada 7 hingga 10 Dis lepas.

Kejohanan tersebut telah disertai oleh 11 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Pertahanan Nasional (UPNM).

Selain itu Universiti Malaysia Terengganu (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Multimedia (MMU), Kolej Poly-Tech Mara Batu Pahat (KPTM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) turut mengambil bahagian.

Berikut adalah keputusan keseluruhan kejohanan tersebut:

Kategori Perseorangan Wanita

Johan – UPSI

Naib Johan – UiTM

Ketiga – UMP

Kategori Perseorangan Lelaki

Johan – MASKOM

Naib Johan – UiTM

Ketiga – UiTM

Kategori Beregu Wanita

Johan – UiTM

Naib Johan – UiTM

Ketiga – MMU

Kategori Beregu Lelaki

Johan – UTHM

Naib Johan – MASKOM

Ketiga – UiTM

Kategori Team Event Wanita

Johan – UiTM

Naib Johan – UKM

Ketiga – MASKOM

Kategori Team Event Lelaki

Johan – UiTM

Naib Johan – UPSI

Ketiga – MASKOM

Kategori All Event Wanita

Johan – MMU

Naib Johan – UiTM

Ketiga – UPSI

Kategori All Event Lelaki

Johan – MASKOM

Naib Johan – UiTM

Ketiga – UiTM

Kategori Master Wanita

Johan – UiTM

Naib Johan – UKM

Ketiga – UiTM

Kategori Master Lelaki

Johan – UiTM

Naib Johan – UPSI

Ketiga – MASKOM

Kejohanan Tenpin Boling IPT 2015 merupakan acaran tahunan KPT dan UKM telah dipilih menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi, Hazally Jali.ukmnewsportal-bm

02

03