Pautan Pendidikan Malaysia-Thai Diperkukuh

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Pix Izwan Azman

BANGI, 10 Mar 2016 – Thailand dan Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi rakan kongsi yang cemerlang dalam pelbagai sektor, termasuk pendidikan.

Demikian menurut Duta Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan dalam wacana bertajuk ‘Perhubungan Thailand-Malaysia: Selangkah Kehadapan, di  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Semakin ramai pelajar Thai menyuarakan keinginan untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia pada tahap pasca siswazah dan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mewujudkan ikatan yang utuh di antara kedua-dua negara.

Selain itu, Kedutaan Kerajaan Thailand juga telah banyak menyumbang geran kepada UKM untuk memupuk hubungan dua hala melalui penyelidikan dan mobiliti pelajar.

Menurut statistik daripada Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur, nilai geran yang telah disumbang sejak 2013 berjumlah RM220,000.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali menyifatkan hubungan pendidikan Malaysia-Thai agak baik. Menurutnya, UKM telah menghantar ramai pelajar ke Thailand untuk menyertai program mobiliti dan UKM juga mempunyai sejumlah bilangan pelajar Thai yang belajar secara sepenuh masa di sini.

Antara university di Thailand yang mempunyai hubungan yang rapat dengan UKM adalah Mahidol University, King Mongkut University of Technology, University Chuklalongkorn dan University Prince of Songkla.ukmnewsportal-bm
2

3

4