Pelabur Dinasihati Tumpu Kepada Beberapa Saham Sahaja yang Meyakinkan

0001
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 6 November 2015 – Seorang akademik kewangan terkenal berkata mempelbagaikan pelaburan dalam pasaran kewangan tidak semestinya mengurangkan risiko.

Pulangan daripada pelaburan tersebut mungkin tidak berbaloi kerana risiko telah diukur dengan cara yang salah, kata Prof Ben Jacobsen, Penjawat Kerusi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali-UKM (YTI-UKM) di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Prof Jacobsen berkata semua pelaburan boleh dibuat dalam beberapa  syarikat dan tidak perlu dilakukan terhadap banyak saham jika anda benar-benar yakin dengan maklumat yang anda ada tentang firma-firma tersebut.

“Saya tidak lagi percaya pada kepelbagaian sebagai strategi optimum tunggal. Saya rasa ini amat bergantung kepada bagaimana anda melihat risiko dan sama ada anda berasa anda memahami aset dan syarikat yang anda melabur.

“Jika anda rasa anda mempunyai maklumat yang lebih baik atau boleh  menilai  maklumat mengenai sektor atau syarikat-syarikat tertentu, apa salahnya menumpukan pelaburan kepada portfolio yang kecil,” kata Prof Jacobsen pada syarahan awam bertajuk ‘Asas Kewangan yang Goyah’, di sini hari ini.

Beliau melahirkan kebimbangan bahawa kelemahan yang beliau nampak  mungkin menyebabkan terjadi kemelut kewangan lagi.

“Saya masih ingat kegawatan ekonomi di negara-negara maju pada tahun 2008. Tidak ada siapa pun yang dapat meramalkan robohnya pasaran saham dan kemuflisan banyak syarikat,” beliau menegaskan.

Menurut beliau, salah satu masalah adalah inovasi tidak cukup walaupun terdapat banyak maklumat.

“Saya ingat saya tahu mengapa ini boleh berlaku. Dalam pengalaman saya, akademik kewangan arus perdana terlalu konservatif dan cuba mengelak daripada risiko, berbanding bidang sains lain.

“Penyelidik lebih suka mengikuti aliran utama kerana khuatir akan kerugian jika berani membuat analisis yang lain.

“Tidak kira berapa baik penyelidikan anda, ia tetap tidak lari terlalu banyak daripada pemikiran konvensional. Kerana berisiko tinggi dalam penyelidikan kewangan akademik tidak menarik perhatian penerbitan terkemuka.

“Penyelidik tumpu kepada hasil mereka supaya diterima untuk penerbitan, dan bukan kepada kemajuan sains. Maka, tiada perdebatan mengenai penyelidikan. Akibatnya, akademik kewangan sering mengikuti kelaziman  walaupun mereka merasakan ini mungkin boleh dipersoalkan,” jelas beliau.

Menurut beliau, mereka yang secara terbuka mempersoalkan penyelidikan arus perdana sering diabaikan jika mereka bukan terkenal.

Walau bagaimanapun, ironinya ialah terlalu banyak data atau Data Mining, juga boleh membawa kepada kesilapan kerana terlalu bergantung daripada perangkaan.

“Apabila ramai penyelidik di seluruh dunia menguji untuk kesan yang penting, ramai mungkin mendapati kesan palsu. kita (dan makalah) cenderung untuk memihak kepada melaporkan kesan yang penting dan mengabaikan yang lemah, ini menjadikan ia sangat sukar untuk membezakan sama ada kesan yang diterbitkan adalah benar-benar terdapat atau tidak, terutamanya kerana dalam bidang ekonomi dan kewangan ia adalah agak mudah untuk menyokong tuntutan dengan satu teori atau yang lain. Walaupun ada perlindungan, baru-baru ini beberapa penyelidik tertanya-tanya sama ada perlindungan ini memadai,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau masih yakin ada masa depan cerah bagi ramalan pasaran kewangan.

Beliau berkata, pasaran saham masih boleh dijangkakan jika penyelidik dan pelabur menggunakan pelbagai jenis penjejak indeks walaupun mereka mungkin tidak tepat 100 peratus sepanjang masa.

“Ini tidak bermakna bahawa keputusan saya adalah sentiasa betul tetapi mereka cenderung untuk menjadi lebih 56 peratus. Saya tidak melihat kepelbagaian semata-mata tetapi lebih kepada perlindungan nilai risiko, ”  katanya.

Prof Jacobsen penjawat kerusi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Beliau akan menyertai TIAS Business School di Universiti Tilburg di Belanda sebagai Profesor Kewangan pada bulan Januari tahun 2016. Kajian beliau memberi tumpuan kepada ramalan pasaran kewangan dan tingkah laku kewangan.ukmnewsportal-bm

0002

0003