Pemudahcara dan Sekretariat Karnival Konvokesyen Realisasi Aspirasi Universiti

pertandingan-syair-mod-azlan
Berita dan Gambar oleh: Paul Pabinus

BANGI, 9 Disember 2016 – Tanpa pengorbanan para pemudahcara, mahasiswa baru akan berhadapan dengan pelbagai kerumitan dan ketidaktentuan sepanjang acara Minggu Mesra Mahasiswa.

Demikian menurut Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, semasa berucap di Majlis Penghargaan Pemudahcara Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) dan Sekretariat Karnival Konvokesyen ke-44 yang bertempat di Dewan Gemilang, baru-baru ini.

Dato’ Noor Aziah berkata pemudahcara yang terlibat telah berjaya merealisasikan Aspirasi Universiti dalam menjayakan tujuh Domain yang julung-julung kali diperkenalkan.

“Pengenalan tujuh Domain ini membuktikan bahawa saudara-saudari turut sederap dengan hasrat Universiti ingin melahirkan graduan yang holistik menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, kompetensi, daya inovasi dan daya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat,” katanya.

Majlis tersebut telah menyaksikan seramai 200 orang pemudahcara dan ahli jawatankuasa sekretariat Karnival Konvokesyen ke-44  diraikan dan menerima sijil penghargaan sempena jasa dan usaha mereka untuk menjayakan kedua-dua acara besar Universiti dengan lancarnya.

Khidmat yang telah diberikan daripada para pemudahcara dan ahli jawatankuasa sekretariat, menurut Dato’ Noor Aziah, telah memberikan impak yang positif daripada segi imej dan nama baik Universiti terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh UKM.ukmnewsportal-bm