Pengiktirafan Antarabangsa Untuk Perintis Pendidik Dalam Talian UKM

001
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto  Shahiddan Saidi

BANGI, 6 April 2016 – Pengarah Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran (Pengajaran-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohamed Amin Embi  mengharumkan lagi nama UKM apabila memenangi dua anugerah pendidikan antarabangsa berprestij untuk pembelajaran jarak jauh dan kursus dalam talian.

Prof Amin, yang merupakan penyokong kuat dan penyumbang utama Penyelidikan Pendidikan Terbuka (OER) Malaysia dan rantau ASEAN selama lebih daripada 15 tahun, memenangi Anugera Pendidik Terbuka 2016, satu pencapaian penghormatan seumur hidup yang pertama bagi negara dan Asia Tenggara.

Beliau mula berkecimpung dalam pembelajaran jarak jauh apabila berkongsi sumber melalui beberapa platform untuk pendidikan terbuka pada tahun 1996 dan pada tahun 2011 menggunakan media sosial untuk berkongsi sumber, dan kini hasil karya  beliau diperhatikan oleh 1.5 juta orang di seluruh dunia.

Sumbangan yang paling besar beliau adalah siri buku-e yang dikenali sebagai Web 2.0 Tools in Education Series dengan 14 tajuk dalam bahasa Inggeris dan 10 bagi Bahasa Melayu.

“Ia adalah penting untuk kita mengubah pemikiran guru supaya mereka boleh mengajar lebih ramai pelajar, tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Saya menerima  maklum balas daripada Itali, Jerman dan Kanada memuji saya kerana kursus-kursus yang boleh membawa hasil yang positif,” katanya dalam satu temu bual dengan Portal Berita UKM hari ini.

Semua buku-e dalam siri ini telah secara meluas digunakan sebagai panduan rujukan dalam latihan pembangunan profesional di semua 20 universiti awam dan beberapa universiti swasta di Malaysia.

Prof Amin juga memenangi Anugerah Terbuka Massive Open Online Course  (MOOC), atau kursus dalam talian secara besar-besaran yang percuma, kaedah pembelajaran jarak jauh yang beliau mempelopori di Malaysia.

Beliau mengamalkan cara pemikiran semula pengajaran dan cipta semula pembelajaran dengan kursus percuma, dan kini terdapat 2,100 profesor dan pensyarah dari 90 negara yang mengambil bahagian.

Prof Amin, yang juga Ketua Pegawai Maklumat UKM, berkata pemikiran tradisional adalah bahawa kursus dalam talian adalah untuk teori sahaja, tetapi kini sikap berubah dengan MOOC.

Beliau membayangkan masa dalam masa terdekat apabila pelajar-pelajar boleh memindahkan kredit pembelajaran melalui  MOOC, dan ini bermakna pelajar mempunyai peluang untuk mengalami cara baru untuk melengkapkan kursus supaya mereka mempunyai lebih banyak pilihan.ukmnewsportal-bm

002

003