Penyelidikan Bersama UKM dan Universiti Perancis dalam Teknologi Nano

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 5 Nov 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Université de Franche-Comté (UFC) di Perancis akan menjalankan penyelidikan bersama dan kerjasama teknologi dalam bidang Micro-kejuruteraan dan Nano-elektronik.

Kedua-dua universiti telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi maksud tersebut di sini hari ini, yang mana Timbalan Naib Canselor UKM (Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Prof Dato’ Dr Ir  Riza Atiq OK Rahmat dan Timbalan Naib Canselor UFC Prof Lamine Boubakar mewakili institusi masing-masing.

Majlis itu disaksikan oleh Pengarah Institut Micro-kejuruteraan dan Nano-elektronik (IMEN) Prof Dato’ Dr Burhanuddin Yeop Majlis dan Pengarah Institut  Optik elektronik, mekanikal dan teknologi haba (CNRS Femto-ST) UFC Prof Nicholas Chaillet.

Penyelidikan di IMEN bertujuan untuk membangunkan teknologi yang membolehkan sistem untuk aplikasi strategik dan cemerlang dalam penyelidikan lanjutan mikro dan nano-elektronik, MEMS dan teknologi mikro-sensor, elektronik organik, fotonik dan Integrasi Teknologi Skala Sangat Besar (VLSI).

Dalam ucapan alu-aluannya sebelum menandatangani perjanjian tersebut, Prof Riza Atiq berkata kerjasama dengan UFC merupakan satu lagi catatan  penting dalam hubungan IMEN dengan pelbagai rakan usaha sama antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa Prof Burhanuddin sering dijemput untuk menasihati kerajaan mengenai teknologi nano.

Beliau berkata IMEN menjalin  hubungan yang kukuh dengan Universiti Nasional Seoul dan Kyungpook University di Korea Selatan dan Universiti Kyoto di Jepun.

Prof Boubakar pula berkata UFC merupakan universiti Perancis terkenal di peringkat antarabangsa kerana Institut CNRS Femto-ST yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang, termasuk fizik, optik, mekanik, kekerapan masa, sistem mikro dan teknologi nano.ukmnewsportal-bm
04

02

03