Penyelidikan Kanser Perut Pelajar Ijazah UKM Naib Juara di GUT2016

1
Oleh Nastura Nasir
Gambar Unit Gastroenterologi

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2016- Unit Gastroenterology, Universiti kebangsaan Malaysia (UKM) telah meraih Naib Johan bagi pembentangan Kertas Penyelidikan Terbaik di GUT2016, Annual Scientific Conference of Malaysia Society of Gastroenterology and Hepatology, di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur.

Kajian tersebut, The Application of Serum Biomarkes to Detect Pre-malignant Lessions in Gastric Corpus,  telah dibentangkan oleh Dr. Tan Han Loong, pelajar Ijazah Doktor Perubatan Dalaman di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali.

Kajian tersebut telah mengukur serum biomarker untuk mengesan perubahan awal perut manusia sebelum ia menjadi kanser, atau pada tahap awal kanser yang lebih senang dirawat.

“Kanser perut adalah kanser yang kesembilan paling kerap dihidapi oleh rakyat Malaysia. Pada tahun 2007, sebanyak 630 kes dikesan dan kebanyakannya dikesan pada tahap Ke-3 atau ke-4,” kata Dr Raja Affendi.

Tambah Dr. Raja Affendi lagi, kanser perut sukar dikesan disebabkan tiada simptom yang ketara pada tahap awal.

Selain itu, sikap penduduk di Malaysia yang amat takut dengan prosedur endoskopi, juga membuatkan ia lambat dikesan.

Kajian tersebut telah disenarai pendek daripada senarai kajian-kajian yang dikendalikan oleh professor-professor dan pakar-pakar penyelidik termasyhur tempatan.

Semasa kongres ini berlangsung, pasukan dari Unit Gastroenterology juga telah membentangkan beberapa kes “inflammatory Bowel Disease” (IBD) yang kompleks oleh Dr. Rafiz dan Prof. Madya Dr. Raja Affendi.

Perbincangan ini turut disertai oleh pakar-pakar ulung dari Amerika, Kanada dan juga Hong Kong.ukmnewsportal-bm
2