Perang Besar Tidak Akan Berlaku Di Asia – Akademik dari Amerika Syarikat

1
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 12 Ogos 2015 – Asia tidak akan menjadi seperti Eropah pada penghujung abad ke-19 apabila perubahan dalam imbangan kuasa mencetuskan Perang Dunia Pertama pada 1914 – 1918.

Walaupun terdapat ketegangan baru-baru ini antara China dan beberapa negara di Laut Selatan-China, di Asia tidak ada penjajaran antara negara-negara untuk menawan kawasan, walaupun terdapat pertikaian wilayah antara China dan negara individu di Asia Tenggara, kata Prof Amitav Acharya daripada American University di Washington, DC dalam syarahan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini hari ini.

Terdapat kesalingbergantungan di Asia, berdasarkan pelbagai jenis perdagangan, kata Prof Acharya dalam syarahan bertajuk Bolehkah Asia Cabar Dominasi China dan Elakkan Nasib Seperti Eropah Masa Lampau?  Yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Beliau berkata negara-negara Asia tidak akan ambil jalan ke arah perang antara dua pihak seperti yang dalam kes Eropah antara tahun 1914 dan 1918.

“Terdapat saling pergantungan di Asia, yang begitu luas, seperti perdagangan, pelaburan, pengilangan dan kewangan, berbanding kesalingbergantungan berasaskan perdagangan yang mudah di Eropah sebelum Perang Dunia Pertama.

“Di Asia, tidak ada NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara), kerana NATO boleh memecah belah. Lebih baik tiada NATO di Asia. Peranan China tidak hegemoni. Hanya ASEAN terselamat. ASEAN tidak mempunyai pemimpin tunggal, tidak seperti Kesatuan Eropah (EU), di mana Jerman dan Perancis memegang teraju,” jelas beliau.

Bagi China, beliau berkata Beijing tidak berhasrat untuk meneruskan dasar yang mengutamakan diri sendiri walaupun ia menuntut Laut Selatan-China dan pulau-pulau di sana.

“China hari ini adalah lebih terbuka daripada zaman Mao (Tse Tung),” katanya.

Pada masa yang sama, beliau percaya bahawa Asia semakin demokratik tanpa pembahagian ideologi utama di Asia.

Walau bagaimanapun, demokrasi di Asia masih belum liberal dan negara-negara kapitalis masih menyekat kebebasan bersuara.

Namun demikian, tidak ada pakatan antara kerajaan-kerajaan demokrasi atau blok autoritarian seperti mana dengan Eropah pada awal abad ke-20, Prof Acharya menjelaskan.

Beliau menegaskan bahawa ASEAN adalah pertubuhan kerjasama serantau yang paling berkesan setakat ini, dan ia tidak melibatkan pertahanan atau keselamatan hegemoni, bukan seperti NATO.

“Asia tidak pernah mempunyai keseimbangan kuasa sehingga baru-baru ini. Amerika Syarikat adalah satu-satunya kuasa di Asia, di mana ia mendominasi. Orang bercakap tentang mewujudkan keseimbangan kuasa di Asia Tenggara untuk menangani China. Mereka tidak memahami bahawa sekarang China sebenarnya mengimbangi kuasa di rantau ini (untuk menentang Amerika Syarikat),” kata beliau.

Walaupun China telah membawa keseimbangan kuasa di Asia Tenggara, beliau mengakui bahawa Beijing telah bertindak kurang wajar di Laut China Selatan.

“China akan mencapai semua objektif dasar luarnya jika ia gugurkan  tuntutannya terhadap Laut China Selatan,” beliau berkata.

Beliau percaya bahawa China akan dilihat sebagai kuasa yang lebih bertimbang rasa dan dihormati jika ia tidak bertindak berang di perairan  yang dikongsi bersama dengan negara-negara ASEAN.

Akhirnya, beliau menambah, Amerika Syarikat dan China akan mencapai satu kesefahaman mengenai pengimbangan semula kuasa di Asia.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Pengarah IKMAS Prof Dr Rashila Ramli, yang bertindak sebagai pengacara dan Ketua Pusat Sejarah, Politik dan Pengajian Strategik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Prof Madya Dr Sity Daud.ukmnewsportal-bm
2

3

4