Prof Dato’ Dr Mohamed Amin Embi Terima Excellent in Distance Education Award for Distance Materials

1
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 8 Disember 2016 – Pengarah Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin Embi telah dianugerahkan Excellent in Distance Education Award for Distance Materials pada Majlis Commonwealth of Learning di Kuala Lumpur Convention Centre, baru-baru ini.

Anugerah itu adalah anugerah kedua yang diterima beliau bagi tahun 2016 untuk kursus Massive Open Online Course (MOOC), Rethinking Teaching, Redesigning Learning.

Prof. Dr. Mohamed Amin menyatakan rasa syukur dengan anugerah itu kerana ia  sangat berprestij dan hanya diberikan untuk tempoh tiga tahun sekali.

“Anugerah ini adalah suatu pengiktirafan kepada usaha saya untuk mengguna semula bahan-bahan pendidikan yang disediakan oleh ahli akademik lain, ke dalam MOOC yang saya bangunkan.

“Saya telah menghabiskan lebih kurang dua minggu untuk mengenalpasti video-video yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam MOOC tersebut,” katanya, sambil menjelaskan bahawa teknik tersebut adalah suatu strategi untuk menggunakan sumber pendidikan dengan cara yang bijak.

“Dalam mereka bentuk MOOC ini, saya menggunakan konsep ‘just enough’ iaitu membuat video pendek antara 2 hingga 3 minit.

“Selain itu, saya juga menggunakan kaedah ‘just for me’, iaitu bahan-bahan yang dibuat adalah dalam bentuk pdf atau video untuk membolehkan pelajar membuat pilihan sama ada hendak membaca atau menonton video,” katanya.

Sehingga kini, kursus MOOC Rethinking Teaching, Redesigning Learning, yang dibangunkan oleh Prof. Dr Mohamed Amin telah diakses oleh lebih daripada 4,100 peserta daripada 108 negara.ukmnewsportal-bm
2

3