Program Baru UKM Bantu Banteras Denggi

01
Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 7 Julai 2015 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  mengambil bahagian dalam projek komuniti untuk membantu kawasan perumahan membendung penyakit demam denggi dengan mengedarkan dan mengajar penduduk untuk menggunakan kit baru Pencegahan Denggi  di tiga  negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi tahun ini.

Sehubungan itu, UKM dan dua syarikat, Inno Biologics Sdn Bhd dan EntoGenex Industries Sdn Bd memeterai memorandum perjanjian (MoA), memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian penyelidikan untuk melaksanakan projek Komuniti Bebas Denggi (KBD); projek perdana  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kerjasama untuk program impak sosial untuk kawalan denggi tersebut  telah ditandatangani di sini hari ini oleh Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, manakala EntoGenex dan Inno Biologics diwakili oleh Pengarah  Dr Neil Ranaweera dan Naib Presiden Kanan Mohd Yusri Bulat masing-masing.

Prof Noor Azlan, dalam ucapan aluan, berkata kerjasama tersebut adalah wajar kerana  UKM mempunyai rekod menjadi pakar rujuk dalam ujian dan penyelidikan produk.

“UKM telah menubuhkan pasukan petugas bebas denggi yang terdiri daripada 100 orang sukarelawan yang akan dihantar ke kawasan-kawasan perumahan yang berisiko tinggi dengan bantuan daripada majlis-majlis tempatan yang akan dilatih untuk menggunakan kit ini untuk memerangi Denggi, ” Prof Noor Azlan menjelaskan.

Dr Ranaweera, pula berkata kit baru adalah satu set alat yang terdiri daripada penghalau serangga, semburan dan pembasmi larva basah diperbuat daripada Trypsin yang UKM telah membantu membangunkan dan menguji untuk digunakan terhadap nyamuk Aedes aegypti.

“EntoGenex kian lama bekerjasama dengan UKM – tujuh tahun sebenarnya dengan Fakulti Sains Kesihatan (FHS). Ini adalah kejayaan besar, terima kasih kepada MOSTI untuk menyediakan geran, ” katanya.

Walau bagaimanapun, kerjasama tersebut bukan setakat FHS sahaja, kerana kepakaran Graduate School of Business (GSB) juga sedang digunakan.

“GSB akan bekerjasama dengan Inno Biologics dan EntoGenex untuk melaksanakan pengkomersilan pelbagai alat kawalan denggi,” tambah Dr Ranaweera.

Pengarah Eksekutif EntoGenex Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar, yang juga Pro-Canselor UKM, memberitahu Portal Berita UKM bahawa nama  salah satu produk dalam kit tersebut –  ‘MOUSTicide’ berasal daripada perkataan Perancis ‘Moust’ yang bermakna ‘nyamuk’.

“Ia bukan satu sebatian untuk membunuh tikus, seperti ramai orang menyangka apabila pertama kali melihat cap,” beliau menjelaskan.

Tunku Naquiyuddin berkata produk tersebut telah dijual di Singapura dan Filipina, di mana ia telah menunjukkan hasil yang baik.

“Program ini adalah menyeluruh dan disasarkan untuk memerangi denggi. Kami akan menggunakan pelan empat langkah yang dikenali sebagai REAP –  reduce, educate, activate and prevent – mengurangkan, mendidik, mengaktifkan dan mencegah,” katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan boleh memperkenalkan banyak program-program untuk memerangi denggi, masyarakat yang tetap  memainkan peranan yang besar.

“Tanggungjawab adalah kepada masyarakat untuk memastikan bahawa belakang rumah mereka bukan tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Satu pasukan dari Fakulti Sains Kesihatan yang diketuai oleh Prof Dr Sallehudin bin Sulaiman dan Dr Hidayatulfathi Othman berjaya melaksanakan ujian simulasi di padang bagi penghalau serangga Entogenex dan menguji  produk larvicide, atau pemusnah telut nyamuk berdasarkan trypsin di Bangi pada tahun 2010.

Prof Dr Sallehudin dan Dr Hidayatulfathi juga melakukan ujian untuk menilai keberkesanan larvicide berasaskan trypsin yang mengandungi sekam padi dan penggubalan serbuk basah.

Dr Hidayatulfathi berkata pasukannya telah melakukan ujian yang teliti dan menyeluruh.

“Kami mendapati bahawa MOUSTicide tidak hanya berkesan terhadap  larva Aedes Aegypti, tetapi dengan nyamuk lain juga, termasuk ulat nyamuk Anopheles yang menyebabkan demam Malaria,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada pengguna bahawa sebatian tersebut adalah selamat untuk manusia dan haiwan lain dan bahan-bahan itu yang boleh dituang ke dalam air kolam ikan dengan selamat.

Beliau berkata kelengkapan itu masih dibangunkan dan ia perlu dieksport.ukmnewsportal-bm

02