Pusat Latihan dan Khidmat Masyarakat UKM Diserah kepada Profesional UKM

01
Oleh Profesional UKM
Foto Abd Ra’ai Osman

BANGI, 6 Julai 2015 – Pusat Latihan dan Khidmat Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Tanjung Karang telah diserahkan kepada Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional UKM) pada 12 jun lepas.

Penyerahan itu telah dibuat oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Pada majlis penyerahan pengurusan pusat latihan tersebut, Pengarah Profesional UKM, Prof Madya Dr Rohayu Abdul Ghani telah membentangkan perancangan pembangunan bertajuk Our Big Idea melalui pembangunan program-program latihan dengan komuniti di sekitarnya.

Pusat Latihan dan Khidmat Masyarakat UKM digunakan sebagai pusat bagi memberi perkhidmatan kesihatan oleh pelajar-pelajar perubatan kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

Pihak Profesional UKM merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Kampus KKL, Jabatan Bendahari, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan dan semua staf yang terlibat.

Penghargaan juga turut diberikan kepada Pengarah Yayasan Canselor, Roslan Ahmad dan Timbalan Pengarah Yayasan Canselor, Dr Mohd Fairuz Md Salleh.ukmnewsportal-bm

02